#PRNSarawak11: PKR kata tak tipu, DAP kata mereka diperdaya

#PRNSarawak11: PKR kata tak tipu, DAP kata mereka diperdaya


Kerusi PRN Sarawak: PKR Tak Pernah Tipu DAP

Isu PKR menipu DAP berhubung pengagihan kerusi pilihan raya negeri Sarawak tidak pernah timbul seperti mana didakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, pertembungan di enam kerusi antara DAP dan PKR sepatutnya boleh dielak.

"Walaupun DAP mengumumkan kerusi yang akan ditandingi sebelum mendapat kelulusan majlis presiden Pakatan Harapan seperti mana yang ditetapkan dalam Perjanjian Pakatan Harapan, PKR terbuka untuk perbincangan sehingga tengah malam pada Ahad dengan harapan saingan tiga penjuru dapat dielak," katanya.

Beliau menambah, bagaimanapun pihak PKR tidak menerima maklum balas daripada Guan Eng.

"Dengan kata lain, Guan Eng telah membuat keputusan untuk bertanding di semua lima kerusi tanpa mempertibangkan cadangan PKR untuk berunding dengan cara adil dan mewujudkan situasi menang-menang," katanya Shamsul menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, adalah menyedihkan apabila kini ada enam kerusi yang sama-sama ditandingi PKR dan DAP, termasuk Batu Kitang.

"Kesan secara langsung adalah ia tidak akan memberi laluan mudah untuk Pakatan Harapan menang, malahan akan mengurangkan peluang calon PKR, Voon Shiak Ni (Batu Kitang)," katanya.

Kata Shamsul, rundingan berkaitan agihan kerusi dijalankan dengan telus dan adil.



 Guan Eng akui 'diperdaya' PKR, terpaksa lawan di enam kerusi

Tindakan PKR dan DAP bertanding sesama sendiri enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11 hanya mengundang padah kepada pembangkang.

Ia bukan sahaja memberi peluang lebih besar kepada calon Barisan Nasional (BN) menang di kerusi tersebut disebabkan undi pecah tetapi kedua-dua parti boleh dipecat dari Pakatan Harapan (PH).

Untuk rekod ketika PH ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan AMANAH menandatangani perjanjian bersama yang bersetuju PH hanya meletak seorang calon untuk mewakili pembangkang dalam mana-mana pilihan raya.

PH membuat peraturan itu termasuk memecat mana-mana parti yang engkar dalam usaha mereka bagi mengekalkan pakatan tiga parti pembangkang itu selepas PAS diketepikan.

Bagaimanapun, keputusan yang dipersetujuan termasuk penentuan pembahagian kerusian yang mesti diluluskan Majlis Presiden PH dilanggar pada PRN Sarawak.

Malangnya, PKR memukul gendang perang dengan mencabuli persetujuan pembahagian kerusi di Sarawak apabila bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

Ia berikutan kuasa yang diberikan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada parti itu di Sarawak untuk berbuat demikian.

DAP membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR

Pada penamaan calon hari ini, pegawai pengurus pilihan raya di Sarawak mengumumkan PKR dan DAP akan bertarung antara satu sama lain di enam kawasan pilihan raya.

Kerusi terbabit adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Lima kerusi lain itu sebelum ini diperuntukkan kepada DAP.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan beliau memberi kuasa kepada pengerusi PKR Sarawak Baru Bian untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada lima calon terbabit.

Di Batu Kitang, calon DAP Abdul Aziz Isa terpassa menunggu dalam kenderaannya berhampiran pusat penamaan calon sehingga PKR meletakkan calon bagi Mambong barulah beliau menyerahkan borang pencalonan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu merasa "diperdaya".

"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan kita boleh cuba untuk melupakan tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang?" katanya kepada pemberita di Miri.

Sebanyak 80 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Sarawak menjadi rebutan, selepas BN menang dua kerusi tanpa bertanding. Di bawah adalah senarai kerusi yang ditandingi oleh PKR dan DAP.

Berikut senarai enam kerusi yang jadi rebutan dan senarai calon.

Batu Kitang:

Lo Khere Chiang (BN)

Abdul Aziz Isa (DAP)

Voon Shiak Ni (PKR)

Othman Bojeng (Bebas)

Sulaiman Kadir (Bebas)

Mulu:

Gerawat Gala (BN)

Paul Baya (PKR)

Paul Raja (DAP)

Roland Dom (Bebas)

Murum:

Chuk Tai Ugun (BN)

Mathew Silek (DAP)

Abun Sui (PKR)

Stanley Ajang Bato (Bebas)

Simanggang:

Francis Harden Holis (BN)

Norina Umoi anak Utot (PKR)

Leon Jimat Donald (DAP)

Ngu Piew Seng (Bebas)

Mambong:

Jerip Susil (BN)

Sanjan Daik (DAP)

Willie Mongin (PKR)

Ngemah:

Alexander Anak Vincent (BN)

Richard Anak Lias (DAP)

Thomas Laja Anak Besi (PKR)

Joseph Jawa Anak Kendawang (Bebas)

Read More

Adakah mereka ini warga negara Malaysia?

Adakah mereka ini warga negara Malaysia?
Mengaku warganegara tetapi tidah boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik. Amat memalukan.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kena ubah dasar dengan mensyaratkan seiap calon dalam pilihanraya memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.

Pengundi wajib tolak calon yang sebegini, tiada menunjukkan kecintaan kepaa negara dengan menghrnati bahasa kebangsaan.





Read More

PRN Sarawak: Pakatan Pembangkang Berbalah Sesama Sendiri

PRN Sarawak: Pakatan Pembangkang Berbalah Sesama Sendiri

Berikut adalah senarai DUN dimana calon BN ditentang oleh lebih satu calon pembangkang :

1. Mulu N.78 - PKR vs DAP
2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP
3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS
4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP
5. Murum N.66 - PKR vs DAP
6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP
7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP
8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP
9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH
10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH
11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH
12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS
13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR
14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP
15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH
16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH

Perbalahan diantara Pakatan Pembangkang yang sudah tidak sepakat ini dijangka akan menjadi semakin hangat apabila sessi ceramah bermula malam ini yang dijangka akan dipenuhi dengan sessi cemuh mencemuh sesama sendiri.

Read More

Naib Presiden PKR Sarawak Letak Jawatan - Marah PKR Jadi Macai DAP

Naib Presiden PKR Sarawak Letak Jawatan - Marah PKR Jadi Macai DAP

Naib Pengerusi PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek meletakkan jawatan dari parti itu sekali gus memaparkan keretakan hubungan dalaman parti itu di antara PKR pusat dan negeri.

Tumek mengemukakan surat peletakan jawatannya Ahad lalu setelah PKR gagal mendapatkan jaminan untuk beliau menjadi calon bagi Tasik Biru, Bau namun sebaliknya menyerahkan kerusi itu untuk ditandingi wakil DAP.

"Ini dilakukan setelah menamakan saya sebagai calon berpotensi bagi parti itu, dan walaupun tinjauan pendapat umum menunjukkan PKR mendapat lebih banyak sokongan di Tasik Biru berbanding DAP," kata kenyataan Tumek, 59 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun 2013, PKR juga tegas Tumek mengalah kepada DAP berhubung pencalonan beliau untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Mas Gading.

"Watikah untuk saya bertanding dalam pilihan raya itu mewakili PKR ditarik balik pada petang menjelang hari penamaan calon untuk memberi laluan kepada DAP, rakan kami dalam PR (Pakatan Pembangkang ketika itu) supaya bertanding di Mas Gading," katanya.

Kedudukan PKR dalam rundingan peruntukan kerusi dalam kalangan pembangkang katanya, adalah umpama 'seorang anak kecil yang mencuba sedaya upaya untuk terus selamat dalam persekitaran yang dihimpit permusuhan.'

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, perkembangan itu menyebabkan PKR Sarawak kehilangan sumbangan berharga Tumek.

"Kami akan benar-benar berasa kehilangannya kerana beliau telah mempamerkan kepimpinan yang berkualiti dan saya berpendapat beliau adalah seorang lelaki yang berintegriti, sebab itulah kami mencadangkan beliau menjadi seorang daripada naib pengerusi (PKR) negeri," katanya.

Yang pasti, perkembangan terbaru ini adalah cerminan suara autonomi yang kononnya diwar-warkan PKR dan DAP kepada warga Sarawak.

Suara anak negeri diketepikan, sebaliknya suara muktamad pusat menjadi noktah.

PKR sehingga kini membayangkan akan bertanding di 40 kawasan manakala DAP mahukan 30 kawasan pada pilihan raya ke-11, 7 Mei ini.

Read More

DAP umum 29 calon di Sarawak, tinggal PKR, AMANAH

DAP umum 29 calon di Sarawak, tinggal PKR, AMANAH
Selepas Barisan Nasional (BN) selessai menamakan 82 calon yang akan bertanding pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak, DAP negeri pula mengumumkan senarai 29 calon untuk bertanding pada PRN ke 11 itu.

PAS sebelum ini juga telah menamakan 11 calon manakala AMANAH menyatakan sudah bersedia dengan 13 calon.

PRN SARAWAK


Bagaimanapun, PKR masih belum membuat pengumuman dipercayai wujud pertikaian antara PKR negeri dan Pusat mengenai senarai calon.

Penamaan calon dijadualkan 25 April ini manakala pengundian pada 7 Mei.

DAP dijangka meletakkan satu lagi calon berikutan peletakan jawatan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), Larry Sng.

Senarai calon telah diumumkan oleh Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Kuching.

Beliau pada mulanya meletakkan calon Larry Asap bagi kerusi Baleh, tetapi dia kini akan bertanding di Bukit Goram.

"Malam tadi Larry Sng yang sepatutnya bertanding di Bukit Goram, meletak jawatan. Oleh itu, kita bercakap dengan mereka dan bersetuju bahawa kami akan bertanding kerusi itu.

"Bagi kerusi Baleh, kita akan membuat keputusan mengenai calon pada Sabtu," katanya.

Chieng Jen berkata, senarai calon itu termasuk 17 muka baru dan enam calon wanita. Beliau berkata ini adalah kali pertama parti itu telah meletakkan lebih ramai calon Dayak.

Mengenai keyakinan DAP untuk menang, beliau berkata, "Kami hanya bertanding apabila kami yakin untuk menang."

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa parti itu akan berdepan masalah di kerusi-kerusi bandar mengambil kira populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Berikut adalah senarai penuh calon:1. Mordi Bimol (Tasik Biru)
2. Wong King Wei (Padungan)
3. Violet Yong (Pending)
4. Christina Chiew (Batu Kawah)
5. Abdul Aziz Isa (Stakan)
6. Sanjan Daik (Mambong)
7. Andrew Edward Luak (Bukit Semuja)
8. Andrew Nyabe (Kedup)
9. Leon Jimat (Simanggang)
10. Chong Chieng Jen (Kota Sentosa)
11. Yong Siew Wei (Repok)
12. Ting Tze Fui (Meradong)
13. Rinda Juliza Alexander (Pakan)
14. Richard Lias (Ngemah)
15. Irene Mary Chang Oi Ling (Bukit Assak)
16. Yap Hoi Liong (Dudong)
17. Chiew Sung Ngie (Bawang Assan)
18. David Wong (Pelawan)
19. Frankie Bendindang (Pelagus)
20. Paren Nyawi (Katibas)
21. Larry Asap (Bukit Goram)
22. Kenneth Adan Silek (Murum)
23. Chiew Chiu Sing (Tanjong Batu)
24. Leighton Manjah (Kemena)
25. Baba Emperan (Samalaju)
26. Alan Lie Sie Kiong (Piasau)
27. Dr Ting Tiong Choon (Pujut)
28. Baru Langub (Senadin)
29. Paul Raja (Mulu)
Read More

SOMBONG MELAMPAU MP DAP STAMPIN, TAN KOK PING.... DI AIRPORT KIA....

SOMBONG MELAMPAU MP DAP STAMPIN, TAN KOK PING.... DI AIRPORT KIA....

BREAKING NEWS!

SOMBONG MELAMPAU YB STAMPIN TAN KOK PING NI....DI AIRPORT KIA....

" Ini kawasan Stampin kah? You cakap saya, kawasan ni YB siapa? Kawasan ni siapa YB?

Saya, YB Saya, Saya YB Parlimen kawasan ini...tertakluk pada akta parlimen, saya boleh menjalan tugas saya...."

" Im telling you now.....im the YB of this area!!

WOW!!!

Read More

Nak tahu punca atau titik mula 1MDB ini mula menghadapi masalah? Baca muka surat 104 Laporan PAC:

Nak tahu punca atau titik mula 1MDB ini mula menghadapi masalah? Baca muka surat 104 Laporan PAC:

"Pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah pada masa itu sedang bergantung kepada tawaran saham awam permulaan (IPO) syarikat milik penuh 1MDB, Edra Energy Berhad, untuk menjana dana, yang akan digunakan untuk pembayaran balik hutang dan pembayaran faedah. Namun demikian, IPO tersebut tidak dapat
dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan faktor luaran."

Perhatikan kepada klausa "... tidak dapat dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan FAKTOR LUARAN"

Apakah faktor luaran tersebut?

Sesiapa yang mengikuti perkembangan isu 1MDB ini dari mula sehingga hari ini (yang mana masalah hutang telah berjaya diselesaikan) sudah tentu anda akan tahu faktor luaran tersebut adalah perperangan korporat antara 1MDB dan YTL yang tidak mahu 1MDB memonopoli industri tenaga lantas mengurangkan peluang YTL untuk terus menikmati hasil & keuntungan daripada IPP.

YTL menggunakan pengaruh yang mereka ada terhadap media seperti Malaysia Insider, The Edge dan BFM 89.9 untuk melakukan serangan media setiap hari demi menggagalkan usaha 1MDB untuk menjana kewangan melalui IPO Edra Enerdy Berhad.

Dengan serangan media berterusan, pihak bank dan agensi kewangan yang lain telah meletakkan penilaian risiko yang tinggi terhadap 1MDB dan menolak permohonan 1MDB untuk menerbitkan IPO.

Sekiranya IPO tersebut berjaya diterbitkan pada waktu itu, 1MDB akan menjadi gergasi besar antara syarikat pelaburan strategik yang ada di dalam dunia.

Pembangkang yang ada terutamanya dari DAP mengambil peluang ini untuk menjatuhkan PM atas masalah kewangan yang dihadapi akibat daripada perang korporat ini.

#FahamPerangKorporat
#SiapaKawanBaikYTL?
#1MDBSelesai

Read More

PANAS!!!! 20 DALIL FAZRUDDIN TIDAK LAYAK JADI ADUN TUPONG

PANAS!!!! 20 DALIL FAZRUDDIN TIDAK LAYAK JADI ADUN TUPONG


KUCHING: Pada 26 Mac lalu, Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya,  Fazzrudin Abdul Rahman secara rasmi diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tupong.

Pengumuman Fazzruddin yang juga Ketua Penerangan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Negeri sebagai pengganti Datuk Daud Abdul Rahman, yang menyatakan persaraannya daripada politik, sememangnya telah dijangka.

Apatah lagi namanya cukup kuat bersaing dengan satu lagi nama, Dr Zaiedi Suhaili yang tidak kurang pengalaman politiknya, serta lama bergiat aktif di akar umbi PBB.

Bagaimanapun, setelah nama Fazzruddin diumumkan, beberapa tulisan dan dalil yang mengkritik beliau mula berkumandang di media sosial.

Kami siarkan sebahagian dalil-dalil berikut untuk tatapan pembaca:

————————————————————

Fazzrudin merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusuf. Beliau ialah Ketua Penerangan Pemuda PBB dan juga pilihan Fadillah untuk menjadi calon di Dun Tupong pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang, kerana beliau merupakan orang kepercayaan Fadillah untuk membantunya (Fadillah) kembali ke Sarawak menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas Adenan.

Pada 26 March 2016, Adenan telah pun mengumumkan Fazzrudin menjadi calon Dun Tupong di perasmian Armada Pemuda PBB di Tanjung Datu dan sekali gus ia memberi peluang yang amat cerah kepada Fadillah untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak UMNO yang pertama selepas Adenan.

Akan tetapi, Fazzrudin juga mempunyai banyak masalah di kawasan Dun Tupong dan beliau mempunyai banyak liabiliti yang tersendiri. Dan terbongkarlah 20 dalil mengapa Fazzrudin tidak layak menjadi calon PBB DUN Tupong adalah seperti berikut:

1.Beliau dikenali oleh masyarakat di Dun Tupong sebagai seseorang yang mempunyai masalah sikap seperti sombong, berlagak dan tidak mesra kepada rakyat. Beliau dilihat hanya bergaul dengan golongan ‘Elite’ di dalam BN sahaja.

2.Beliau merupakan seorang yang hipokrit. Ini kerana sebelum ini, jarang rakyat Dun Tupong melihat muka Fazzrudin di kawasan Dun Tupong walaupun beliau merupakan Setiausaha Politik kepada Fadillah. Tetapi, apabila Pilihan Raya Negeri Sarawak sudah dekat dan oleh kerana beliau mahu menjadi calon di Dun Tupong; tiba-tiba muka beliau sering muncul di kawasan.

3.Janji-janji beliau kepada masyarakat di Dun Tupong selalu tidak ditunaikan dan aduan rakyat di kawasan Dun Tupong semakin hari semakin meningkat; dan kebanyakan masalah di kawasan Dun Tupong tidak diselesaikan.

4.Sepatutnya, beliau sebagai Setiausaha Politik kepada Fadillah seharusnya membantu Fadillah untuk menjaga dan menyelesaikan segala permasalahan di kawasan Dun Tupong. Sebagai contoh, akar umbi PBB Tupong sendiri pernah mengadu permasalahan rakyat di kawasan mereka kepada Fazzrudin. Akan tetapi, walaupun Fazzrudin pernah berjanji kepada mereka untuk menyelesaikan masalah di kawasan, malangnya beliau tidak pernah menunaikan janji.

5.Beliau juga mempunyai sikap yang tidak mengambil peduli tentang permasalahan rakyat kerana rakyat di sekitar kampung Tupong Jaya pernah mengadu kepada pihak berwajib tentang masalah di Jalan Merdeka; iaitu ramai pengguna jalan raya tersebut mengalami kemalangan kerana jalan tidak rata, tidak mempunyai bonggol dan garisan kuning. Yang menghairankan, rumah Fazzrudin yang terletak di lorong Astana 6, Jalan Astana, Tupong Jaya yang dilihat sangat dekat dengan lokasi jalan yang bermasalah; dan mengapa beliau, selaku Setiausaha Politik kepada Fadillah tidak membantu rakyat kampung Tupong Jaya untuk menyelesaikan masalah jalan yang sangat bahaya kepada pengguna jalan raya? Tidak mungkin beliau tidak tahu mengenai permasalahan yang berlaku terletak sangat dekat dengan rumah beliau; dan Jalan Merdeka pula merupakan salah satu jalan utama rakyat hendak ke pusat bandar Kuching.

6.Ketika beliau menjawat jawatan Setiausaha Sulit kepada Fadillah, beliau pernah dikenakan waran tangkap di atas kesalahan trafik pada tahun 2010 dan kes beliau hanya selesai pada 13 Januari 2011. Bagaimana beliau mahu menjadi calon sedangkan beliau pernah mempunyai kes mahkamah sebelum ini?

7.Mengikut sumber maklumat dari pangkalan data JPJ, Fazzruddin mempunyai 4 kereta mewah iaitu kereta BMW 320i (atas nama isteri beliau), Toyota Harrier, ssangyong  Stavic dan Mitsubishi Airtrek. Persoalannya sekarang, bagaimana beliau mampu dan dapat membeli kereta mewah dengan sebegitu banyak sedangkan beliau hanya menjawat jawatan Setiausaha Politik.

8.Beliau juga berminat dalam segala bidang perniagaan. Sebagai contoh, mengikut sumber dalaman PBB, beliau dan isteri mempunyai Stesen Minyak Petronas Taman Hui Sing di tengah-tengah bandar raya Kuching. Dan difahamkan, stesen minyak ini dimiliki dan dijaga oleh isteri beliau, Norazlin Sapawi. Persoalannya sekarang, bagaimana Fazzrudin dan isteri mempunyai modal yang besar untuk membuka stesen minyak di tengah-tengah bandar Kuching, dengan keluasan tanah yang agak luas sedangkan Fazzrudin hanya bekerja sebagai Setiausaha Politik? Adakah Fazzrudin dan isteri menabung sejak kecil untuk mendapat modal yang besar untuk membuka stesen minyak sendiri? Kebiasaannya, untuk membuka stesen minyak di tengah-tengah bandar Kuching memerlukan modal sekurang-kurangnya RM 1 juta.

9.Taraf pendidikan beliau juga dipertikaikan. Mengikut sumber dalaman PBB, Fazzrudin sebenarnya hanya memiliki sijil diploma dan bagaimana beliau boleh menjadi calon di Dun Tupong se dangkan beliau mempunyai taraf pendidikan yang agak rendah? Ini kerana kerusi Dun Tupong merupakan kerusi bandar yang mempunyai ramai pengundi terpelajar dan cerdik pandai.

10.Beliau mempunyai masalah sikap iaitu tidak suka mengangkat telefon apabila masyarakat di Dun Tupong menagih janji beliau kepada mereka dan lebih teruk lagi, beliau terus menutup telefon untuk mengelak daripada terus dihubungi oleh masyarakat di Dun Tupong. Sebagai contoh, Fazzrudin pernah berjanji kepada AJK Surau di sekitar kawasan Dun Tupong untuk memberi derma kepada Surau. Tetapi, malangnya selepas AJK Surau cuba menghubungi beliau untuk menagih janji; beliau langsung tidak mengangkat telefon dan selepas itu, mematikan telefon bagi mengelak panggilan daripada AJK Surau.

11.Mengikut sumber dalaman kakitangan Fadillah, selepas program Fadillah selesai, pernah berlaku insiden bahawa Fazzrudin pernah tidak membayar pembekal katerer makanan. Dan ini bukan sahaja memalukan Fadillah, tetapi ia juga memalukan PBB.

12.Beliau juga dilihat tidak menghormati pemimpin dan sering dilihat cuba mendahului pemimpin yang lain terutama sering merasmikan program menggantikan Datuk Daud Abdul Rahman. Sepatutnya, hanya pemimpin yang lebih senior daripada beliau seperti Dr Zaiedi dan Fadillah sendiri yang harus merasmikan program Daud. Disebabkan tindakan kurang ajar beliau ini, ramai AJK Cawangan Tupong berasa tidak berpuas hati dengan beliau.

13.Beliau cuba mendapat pengaruh di kawasan Dun Tupong dengan merasuah pemuda-pemuda PBB dengan menjanjikan projek, dan mana-mana ketua-ketua ranting PBB yang masih berdegil tidak menyokong beliau; beliau akan sabotaj permohonan bantuan mereka daripada agensi-agensi kerajaan pusat dengan menyalahgunakan kapasiti beliau sebagai setiausaha politik kepada menteri di kerajaan pusat.

14.Mengikut sumber dalaman PBB Cawangan Tupong, dianggarkan lebih kurang 60 peratus ketua-ketua ranting PBB Tupong dan lebih kurang 50 peratus pemuda-pemuda ranting PBB Tupong tidak menyokong Fazzrudin.

15.Mengikut sumber dalaman ranting PBB Tupong, semua projek kerajaan pusat di kawasan DUN Tupong perlu melalui dan mendapat kelulusan daripada Fazzrudin dan Edwin Abdullah, Ketua Pemuda PBB Cawangan Tupong. Ini kerana, difahamkan mereka berdua menjaga hal-ehwal projek di Dun Tupong.

16.Memandangkan Bustari mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Adenan dan Jamilah, Fazzrudin menggunakan Bustari untuk melobi Adenan dan Jamilah bagi menjadi calon di Dun Tupong. Ini kerana difahamkan, Bustari adalah salah seorang ‘the main political funder’ kepada politik Adenan.

17.Pada tahun ini, Fazzrudin sudah berumur 41 tahun dan beliau bukan lagi dikategorikan sebagai golongan belia atau anak muda. Ini kerana mengikut tafsiran belia di Malaysia (Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan), seseorang yang berumur 16 hingga 40 tahun sahaja ditafsirkan sebagai belia di Malaysia. Dan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang, majoriti pengundi di Sarawak adalahdaripada golongan belia atau anak muda.

18.Difahamkan juga Fazzrudin merupakan orang kuat dalam gerakan Armada Pemuda PBB dan baju rasmi Armada Pemuda PBB berwarna merah. Mengapa Fazzrudin perlu memakai baju berwarna merah dalam program Armada Pemuda PBB? sedangkan baju rasmi BN PBB adalah berwarna biru. Baju berwarna merah kebiasaannya dipakai oleh UMNO.

19.Ketika Sarawak menghadapi banjir baru-baru ini, Fazzrudin telah turun ke kawasan banjir di Dun Tupong untuk mendapatkan publisiti murahan dengan menunjuk-nunjuk yang beliau seorang yang prihatin kepada rakyat di kawasan. Ini kerana dalam Media Sosial BN ada menunjukkan gambar beliau sedang mendokong warga emas. Tetapi, yang agak menghairankan, air banjir amatlah cetek. Selain itu, Fazzrudin juga dilihat memakai topi BN berwarna merah dan warna merah kebiasaannya dipakai oleh UMNO dengan topi rasmi BN PBB adalah berwarna biru. Adakah Fazzrudin cuba mempromosikan UMNO di Sarawak?.

20.Sebelum ini, Fazzrudin cuba melobi untuk mendapat sokongan kuat bagi menjadi calon di Dun Tupong daripada pemimpin-pemimpin UMNO seperti Hishammudin, Khairy, Ahmad Maslan dan Puad Zarkashi di kerajaan pusat. Dan mengapa beliau perlu menagih sokongan daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang pro-Najib, sedangkan UMNO tidak wujud di Sarawak?

Pada 23 Januari 2016,  dalam ucapan ketika ‘Program Malam Pendekar’ di Dewan Hikmah, Fazzrudin telah membodek Adenan dengan mengatakan bahawa beliau dan Rumpun Seni Silat Sarawak akan sentiasa berada di hadapan Adenan. Sedangkan, ramai orang di dalam PBB tahu bahawa sebelum Adenan menjadi Ketua Menteri Sarawak; Fazzrudin memang tidak pernah menyokong Adenan.

Dan mengikut sumber dalaman PBB, sebelum Adenan menjadi Ketua Menteri Sarawak, Fazzrudin pernah mengatakan bahawa jawatan Presiden PBB yang dipegang oleh Adenan sekarang boleh dicabar oleh sesiapa pun. Sebenar-benarnya, adakah Fazzrudin cuba mengatakan bahawa beliau akan sentiasa berada di hadapan Adenan atau sentiasa berada di belakang Adenan untuk menikam belakang? Sudah jelas lidah Fazzrudin adalah lidah yang bercabang.

Kesimpulannya, jika Adenan tetap berdegil dan terus mengikut telunjuk Bustari dan Rosmah untuk memilih Fazzrudin menjadi calon di Dun Tupong, maka Adenan telah membuka ruang dan jalan untuk UMNO masuk ke Sarawak.

Dan tidak mustahil, pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang, pengundi di DunTupong dan ahli-ahli akar umbi PBB di Tupong akan menolak Fazzrudin yang menyebabkan PBB kehilangan kerusi Dun Tupong atau kekurangan majoriti undi yang mendadak.
Sarawakvoice.com
Read More

Adenan umum calon langsung BN 6 April

Adenan umum calon langsung BN 6 April


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan mengumumkan nama-nama calon langsung Barisan Nasional (BN) 6 April.
Sidang media di pejabatnya jam 2 petang di Wisma Bapa Malaysia di sini akan menjadi tumpuan media dan pemerhati politik tempatan.
Antara lain, calon langsung BN merupakan cara penyelesaian pertikaian beberapa kerusi antara parti-parti komponen BN dan parti mesra BN.


Read More

CULIK SEPUPU,DAP AKAN KEMUKA USUL DI PARLIMEN HARI INI

CULIK SEPUPU,DAP AKAN KEMUKA USUL DI PARLIMEN HARI INI

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) dijangka akan mengemukakan usul memgenai keselamatan dan kes penculikan empat anak kapal tunda Massive 6 di Parlimen hari ini.
Jika diterima, perbahasan dijangka hangat, apatah lagi salah seorang mangsa, Johny Lau Jung Hien, 21 tahun, merupakan sepupu kepada Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng.
Tiga lagi mangsa ialah pasangan adik-beradik Wong Teck Peng, 31, dan Wong Teck Chi, 21, serta sepupu mereka, Wong Hung Sing, 34.
Keempat-empat mereka yang berasal dari Sibu, diculik oleh lapan lelaki bertopeng dan bersenjata di perairan Semporna, Sabah pada malam Jumaat.
Mereka dilarikan dengan bot laju yang menggunakan enjin berkuasa besar ke perairan Pulau Ligitan sejurus sebelum perintah berkurung dilaksanakan di perairan tersebut pada jam 7 malam.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, isu ini hanya akan dapat dibahaskan pada esok kerana menurut Peraturan Mesyuarat, usul tergempar hendaklah dikemukakan kepada speaker sekurang-kurangnya sehari sebelum perdebatan.
Ini merupakan kejadian kedua kes penculikan yang melibatkan rakyat Sarawak di perairan Sabah.
Pada jam 7.45 malam, 14 Mei lalu, seorang jurutera yang berasal dari Satok, Kuching, Bernard Then telah diculik bersama-sama pengurus restoran Ocean King, Thien Nyuk Fun, 50, di Sandakan oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
Thien bagaimanapun dibebaskan pada 8 November lepas hasil rundingan di antara wakil Kerajaan Malaysia dan kumpulan militan Abu Sayyaf tersebut.
Manakala Bernard dipercayai dipenggal kepalanya setelah askar Filipina menggempur kedudukan militan Abu Sayyaf. – Sarawakvoice.com
Read More