#BubarDUN :11 APRIL PILIHAN ADENAN

#BubarDUN :11 APRIL PILIHAN ADENAN

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 11 April ini.

Adenan berkata, beliau sudah bertemu Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Jalan Demak di sini, pagi tadi bagi meminta supaya DUN dibubarkan.

Katanya, Tun Abdul Taib bersetuju DUN dibubarkan pada 11 April ini.

"Selepas ini terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

"Surat pembubaran DUN sudah siap dan akan diberikan kepada speaker, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar untuk diserahkan kepada SPR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media khas di Wisma Bapa di sini, hari ini.

Read More

BUBAR DUN,ADENAN TIBA DI ISTANA NEGERI

BUBAR DUN,ADENAN TIBA DI ISTANA NEGERI

PETRA JAYA: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tiba di Demak Jaya, di sini sebentar tadi untuk mengadakan pertemuan rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Adenan yang menaiki kenderaan rasminya dilihat memasuki kediaman peribadi Abdul Taib kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi beberapa pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri.
Bagaimanapun, pertemuan itu dilakukan secara tertutup, dengan pihak media hanya dibenarkan membuat liputan di bahagian luar kediaman berkenaan.
Difahamkan, pertemuan itu adalah rutin biasa bagi Adenan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Sarawak, khusus bagi memaklumkan Abdul Taib mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Malah, kedua-dua pemimpin dipercayai turut memanfaatkan pertemuan itu bagi menetapkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan.
Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini mengemukakan tarikh cadangan penamaan calon pada 18 April, manakala hari pengundian pada 30 April untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan. (BH)
Read More

Apa yang sebenarnya Mahathir mahu?

Apa yang sebenarnya Mahathir mahu?
Prof James Chin adalah inaugural Director di Asia Institute, University of Tasmania. Beliau adalah seorang pakar dalam isu-isu urus tadbir di Asia Tenggara, terutama Malaysia, Indonesia dan Singapura. Beliau juga bertugas di negara-negara kepulauan di Pasifik Selatan. Pandangan beliau kerap diminta oleh agensi-agensi berita utama di seluruh dunia, termasuk The New York Times, The Financial Times, BBC World TV, CNBC dan Bloomberg.

Ini adalah pandangan beliau mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam bukunya, The Lasting Shadow of Mahathir, ini yang di tulis oleh James Chin dalam bab dua (BACA BAB PENUH DI SINI):


Mahathir ingin mewujudkan dinasti politik keluarga, dinasti Mahathir.



Mahathir mahu Jambatan Bengkok idea beliau dibina hanya untuk memenangi siapa hebat atau pertandingan kiasu dengan Singapura. Dan dia marah dengan kedua-dua Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak kerana tidak dibina.



Prestasi lemah UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008 adalah disebabkan oleh serangan Mahathir terhadap Abdullah Badawi.



Najib perlu digulingkan kerana dia enggan membina Jambatan bengkok.




Mahathir tidak puas hati dengan Najib kerana Mukhriz kalah dalam pertandingan untuk salah satu daripada tiga jawatan Naib presiden Umno pada 2013, adalah penting untuk beliau menang untuk mencapai matlamat menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya Presiden Umno, satu-satunya cara Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri . Mahathir menyalahkan Najib kerana tidak menyokong Mukhriz, dan menyebabkan kekalahan Mukhriz.




Satu lagi sebab utama mengapa Mahathir marah dengan Najib kerana Perdana Menteri mengutamakan 1Malaysia (yang akan memberikan kesaksamaan kaum Cina dan India dengan orang Melayu).





Anak Mahathir, Mokhzani, adalah salah salah seorang lelaki terkaya di Malaysia kerana DEB, yang merupakan punca untuk amalan rasuah dan salah guna kuasa. Amalan ini menjadi lebih teruk pada akhir 1980-an dalam tempoh Mahathir sebagai Perdana Menteri.





Mahathir mahu Malaysia ditadbir mengikut cara beliau.





Mahathir mahu Mukhriz menjadi Perdana Menteri.



Satu-satunya cara untuk Mukhriz menjadi Perdana Menteri adalah dengan menyingkirkan Najib.


Read More

DAP PULAK NAK RAMPAS KERUSI PKR DI SENADIN.

DAP PULAK NAK RAMPAS KERUSI PKR DI SENADIN.


Perebutan kerusi antara pembangkang bukan lagi perkara yang boleh di sembunyi. Sebelum ini Pengerusi DAP ,Chong Chieng Jen pernah membidas sekutunya berhubung isu rundingan kerusi Pilihan Raya Negeri sarawak yang akan diadakan tidak lama ini.Tapi dengan perang banner yang di pasang jika baru-baru ini PKR telah memasang banner yang menyatakan kawasan DUN Tasik Biru di Bau mahukan calon mereka yang bertanding kali ini, Dap pula memasang banner yang mengatakan kawasan DUN Senadin Miri mahukan calon mereka untuk bertanding di kawasan itu walaupun sebelum ini kawasan itu di menangi oleh calon PKR.

Chong mendakwa Kepimpinan PKR Negeri Sarawak dan kebangsaan mengambil kesempatan terhadapnya termasuk Wan Azizah,Dr Xavier Jayakumar dan Zuraida Kmaruddin kerana mengumumkan calon meskipun rundingan sedang berjalan.Menurutnya daripada 22 kerusi yang diumumkan untuk calon PKR  sekurang-kurangnya masih ada tujuh lagi masih dibincangkan.

'PKR tidak menunjukkan kejujuran di pihak mereka apabila kepimpinana mereka masih mengumumkan calon-calon parti mereka untuk kerusi yang masih di pertikaikan dan DAP tidak boleh berdiam diri'' ujarnya lagi.

Nampaknya Chong benar-benar tidak lagi berdiam diri.Untuk rekod bulan lalu Alan Ling ketika mengetuai jentera DAP ke Utara Sarawak, beliau melaungkan akan menyapu bersih kerusi majoriti Cina di situ.




Read More

BUBAR DUN MINGGU DEPAN?

BUBAR DUN MINGGU DEPAN?


KUCHING: Penganalisis politik Dato Peter Minos meramalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada Khamis depan bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri ke-11 diadakan.
Menurutnya, pada Ahad lepas di satu majlis di Lundu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberitahu pembubaran akan dilakukan dalam masa terdekat, dan tunggu untuk beberapa hari lagi.
“Tidak ada banyak masa lagi untuk menunggu. Orang ramai telah menunggu sejak sekian lama dan begitu teruja.
“Kita perlu bertindak pada masa kemuncak dan tidak menunggu sehingga orang ramai letih dan kurang bersemangat,” katanya kepada Utusan Borneo hari ini.
Sebelum ini, Adenan mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tarikh penamaan dan pengundian PRN 11 pada 18 dan 30 April. 
Read More

PAN BORNEO BUKTI KOMITMENT KERAJAAN PUSAT UNTUK SARAWAK.

PAN BORNEO BUKTI KOMITMENT KERAJAAN PUSAT UNTUK SARAWAK.


Projek Pan Borneo bukan hanya sekadar umpama mimpi yang menjadi kenyataan bagi rakyat Negeri Sarawak tapi juga mercu tanda betapa aspek pembangunan di negeri ini di beri perhatian oleh Kerajaan Pusat.

Dengan pembinaan projek Lebuh raya Pan Borneo sepanjang 1,076 kilometer yang dirasmikan oleh Perdana Menteri pada April lalu akan banyak impak positif yang dapat dinikmati oleh rakyat Negeri Sarawak terutamanya faedah ekonomi serta-merta hasil percikan perbelanjaan sebanyak RM 52 billion .Ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan Negeri.

Peluang pekerjaaan juga akan tercipta.Di anggarkan sebanyak 400,000 peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada penduduk tempatan yang berada di sekitar projek pembinaan .Di samping itu juga penduduk dapat mengambil peluang dengan berniaga dan menjual produk hasil tani, perikanan , sulaman dan sebagai nya.

Disamping itu kos pengangkutan juga dapat dikurangkan .Jika sebelum ini kita selalu disajikan dengan penghantaran barang dari satu kawasan ke kawasan yang lain dalam negeri dengan kos yang mahal kerana ketiadaan infrastruktur yang baik ,dengan ada nya Lebuh Raya ini segalanya akan jadi mudah dan menjimatkan masa.Barang juga boleh sampai dengan kadar segera dan ini memudahkan lagi urusan untuk berniaga dan sebagainya.Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan ekonomi dan merancakkan lagi ekonomi setempat.

Manafat lain yang bakal di terima rakyat juga ialah aspek keselamatan jalanraya.Dengan jalan yang lebih besar iaitu dari dua lorong kepada empat lorong jumlah kemalangan dapat di kurangkan.Ini juga dapat memberi keselesaan kepada pengguna bila memandu dari selatan ke utara Negeri Sarawak. Yang jika sekarang kita memandu dari Kuching ke Miri mengambil masa dua belas jam tapi jika siap Lebuh raya Pan Borneo masa yang di ambil akan jadi sekurang-kurang nya tujuh jam.


Read More

#JOMBERAMBEH :PESTA PANTU SRI AMAN 2016

#JOMBERAMBEH :PESTA PANTU SRI AMAN 2016

Jom kita berambeh dan memeriahkan Pesta Pantu yang bakal dilangsungkan pada 18-20 Mac 2016. Banyak acara menarik sedang menunggu peminatnya.....antaranya ialah :
1. Pertandingan Menyumpit
2. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
3. Pertandingan Karaoke 60 an dan Terbuka
4. Pertandingan Ratu Pesta Pantu Sri Aman 2016
5. Persembahan Artis Jemputan dan Penyanyi Terkenal Iban
6. Persembahan LIVE Band
7. Gerai Aneka Jualan
Dan banyak lagi....
Jangan lupak semua...
Kamek nunggu kitak orang ke Pantu kali tok geng...
Aram meh kitai ngagai Pantu maya rami tok ila...

Read More

50 PRINSIP DAN TINDAKAN KETUA MENTERI UNTUK SARAWAK

50 PRINSIP DAN TINDAKAN KETUA MENTERI UNTUK SARAWAK


Semenjak di lantik Ketua Menteri Sarawak pada Februari 2014, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Hj Satem telah banyak memukau penduduk Sarawak dengan aksi spontan dan jenaka beliau. Tapi apa yang lebih memukau adalah prinsip dan tindakan beliau dalam mentranformasikan Negeri Sarawak sejak dua tahun yang lalu.

50 Prinsip dan Tindakan beliau telah di cetak dan diedarkan kepada orangramai pada Program Sejiwa Senada yang telah menarik ramai pengunjung iaitu di Miri 80,000, Sibu 180,000 dan Serikei 120,000.Program ini juga telah diadakan di Saratok dan dikatakan bakal berakhir di Samarahan pada pertengahan April.

Prinsip dan tindakan Ketua Menteri
Sarawak ini telah dikategorikan kepada 13 kategori iaitu :-
1)Prinsip dan tindakan beliau kepada Anak Sarawak.
2)Prinsip dan tindakan beliau kepada pemansuhan atau pengurangan caj
3)Prinsip dan tindakan serta sokongan beliau kepada Sekolah Persendirian Cina.
4)Prinsip dan tindakan serta komitmen Petronas.
5)Prinsip dan tindakan beliau kepada Transformasi Luar Bandar.
6)Prinsip dan tindakan beliau beliau bahawa tiada Parti Politik dari luar Sarawak.
7)Prinsip dan tindakan beliau terhadap pendirian dan inisiatif Kerajaan Negeri.
8)Prinsip dan tindakan beliau terhadap pengurusan dan penguatkuasaan hutan.
9)Prinsip dan tindakan beliau dalam konsep Sarawak Harmoni.
10)Prinsip dan tindakan beliau tehadap Pendidikan Teknikal
11)Prinsip dan tindakan beliau dalam Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.
12)Prinsip dan tindakan beliau untuk guru-guru di Sarawak.
13)Prinsip dan tindakan beliau untuk tanah di Sarawak.

Harapan kita semoga yang telah dilakukan oleh Ketua Menteri akan bakal diterjemahkan oleh rakyat dalam bentuk undi dan ini akan membantu meraih undi untuk kemenangan dua pertiga Barisan Nasional Sarawak pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Read More

TERJATUH KETIKA BUANG AIR KECIL.

TERJATUH KETIKA BUANG AIR KECIL.

Sri Aman :Seorang lelaki lemas dan hanyut setelah terjatuh ke dalam Sungai Batang Lupar pada pukul 11.00 pagi tadi di Wharf Sri Aman.

Mangsa Mas Asri Wahyudi b. Mas Mashoer, 41 tahun dari Kampung Hilir, Sri Aman dikatakan sedang.membuang air kecil sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Rakan mangsa yang turut berada d wharf berkenaan cuba untuk.menyelamatkan mangsa namun gagal akibat air pasang deras pada masa berkenaan.

Operasi SAR masih belum dilaksanakan kerana masih menunggu taklimat operasi di IPD Sri Aman.

Ini telah.menimbulkan kemarahan keluarga mangsa namun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku setakat ini.

Read More