PRN11: Kompromi atau guna logo sendiri kata Adenan

PRN11: Kompromi atau guna logo sendiri kata Adenan

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menegaskan bahawa dua parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri dan parti serpihan masing-masing perlu menyelesaikan segera pertikaian mereka.

Sehingga kini Sarawak United People's Party (SUPP) dan serpihannya United People's Party (UPP) serta Sarawak Progresive Democratic Party (SPDP) dan serpihannya Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) masih gagal  menyelesaikan pertikaian berhubung kerusi yang hendak ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

Parti-parti terbabit katanya, tidak boleh menggunakan logo BN pada PRN11 jika gagal berkompromi di antara satu sama.

"Jadi saya akan beri guna logo parti hanya kepada ahli-ahli pasukan saya seperti mana dinyatakan oleh Perdana Menteri.

"Sesiapa yang menentang, terpulang kepada mereka, tetapi mereka tidak boleh guna logo dacing, perlu guna simbol mereka sendiri," katanya yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas merasmikan Program Memperkasa Jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 bagi PBB bagi Zon 10 merangkumi kawasan DUN Nangka, Pelawan, Bukit Assek, Dudong dan Bawang Assan.

Menurut Adenan, PBB masih mengekalkan harapan untuk memenangi 40 kerusi yang bakal ditandingi parti itu nanti.

"Dulu (PRN10-2011), PBB berjaya memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandingi. (Kali ini) kita bertanding di 40 kerusi dan kita perlu juga memenangi kesemua kerusi berkenaan," tegasnya.

Read More

Najib PM paling prihatin - Adenan

Najib PM paling prihatin - Adenan



SIBU: Kesungguhan Datuk Seri Najib Razak dalam membangunkan Sarawak, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar, amat dihargai segenap lapisan rakyat negeri ini. 

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem turut menyifatkan Perdana Menteri 'cukup dekat' di hati rakyat negeri ini atas pelbagai inisiatif pembangunan dilaksanakan beliau sejak mengambil alih kepemimpinan negara. 

"Dalam semua Perdana Menteri pernah kita miliki, Datuk Seri Najib Razak yang paling prihatin terhadap keperluan dan kehendak rakyat negeri ini, terutama dalam konteks pembangunan. 

"Apa sahaja (projek pembangunan) yang diumumkan, beliau sedaya upaya melaksanakannya.... bukan sekadar 'omong kosong'. Kita mahukan lebuh raya, beliau berikan kita Lebuh raya Pan Borneo, yang kini sedang dalam pembinaan," katanya. 

Beliau berkata demikian pada Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2016 di Dataran Sibu, di sini, malam tadi. Majlis itu dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 

Adenan berkata, dengan adanya lebuh raya itu serta pelbagai projek infrastruktur lain, ia membuka lebih banyak peluang sosio-ekonomi yang tentunya membawa implikasi positif kepada kehidupan rakyat bagi tempoh jangka panjang. 

"Perdana Menteri sedar masih banyak 'kekurangan' di Sarawak. Dengan hubungan baik yang sedia terjalin dengan kerajaan negeri, beliau memimpin Kerajaan Pusat mengatasi semua 'kekurangan' itu, selain memastikan pembangunan setara Sarawak dan negeri lain, khususnya di Semenanjung. 

"Rakyat Sarawak sebenarnya tidak risau dengan 'kekurangan' itu kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang sangat prihatin, namun sudah tentulah semua usaha ini memerlukan masa untuk dilaksanakan," katanya. 

Beliau turut menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang sentiasa peka terhadap kehendak dan keperluan rakyatnya. 

"Setiap kali kita dilanda kesusahan atau musibah, pasti beliau akan 'turun padang' meninjau keadaan, menghulurkan bantuan dan mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. 

"Contohnya, banjir yang sedang berlaku agak luar biasa disebabkan hujan lebat dan sistem perparitan. Kita berharap Kerajaan Persekutuan dapat memberi kita bantuan dalam mengatasi pemasalahan sistem perparitan itu," katanya.
Read More

Adenan Sangkal Dakwaan Beliau Anti Pemimpin Persekutuan

Adenan Sangkal Dakwaan Beliau Anti Pemimpin Persekutuan

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyangkal dakwaan kononnya beliau beliau anti pemimpin Kerajaan Persekutuan dan penduduk dari Semenanjung Malaysia.

Katanya apa yang beliau perjuangkan adalah hak kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia termasuk negeri dan rakyat Sarawak.

"Saya anti dasar ketidaksaksamaan, bukannya anti pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan dan rakyat Semenanjung Malaysia," katanya dalam rancangan Bersama Ketua Menteri Sarawak yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 dari Auditorium P. Ramlee, Radio Televisyen Malaysia Kuching di sini malam ini.

Adenan berkata apa yang sedang beliau perjuangkan adalah untuk mendapat semula kuasa untuk Sarawak seperti yang tercatat di dalam Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada tahun 1963.

Beliau juga inginkan Sarawak menerima pembangunan yang sama sebagaimana dinikmati negeri-negeri di Semenanjung.

Adenan juga menegaskan bahawa beliau tidak ada niat sama sekali mahu membawa Sarawak keluar daripada Malaysia sambil menyifatkan tindakan seumpama itu tindakan yang bodoh.

Mengenai pilihan raya negeri akan datang, Adenan selaku pengerusi Barisan Nasional berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu untuk mencapai kemenangan besar.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas rancangan berkenaan, Adenan mengesahkan bahawa BN akan turut mencalonkan beberapa penyandang kerusi yang kini bersama Parti Bersatu Rakyat (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), kedua-dua parti yang masih menunggu penerimaannya ke dalam keluarga BN.

"Apa yang penting ialah kita mahu calon yang boleh menang, tidak kira dari mana termasuk juga calon-calon daripada Teras dan UPP," katanya.

Pilihan raya Sarawak akan datang bakal menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu yang menjadi rebutan parti-parti komponen BN.

Read More

PRN11: PM akan tentukan calon - Adenan

PRN11: PM akan tentukan calon - Adenan

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak untuk memilih calon tertentu pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Beliau berkata, keputusan muktamad untuk memilih calon Barisan Nasional (BN) hanya akan dibuat oleh beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Biarlah mereka (parti komponen BN) mengumumkan calon mereka ketika ini kerana akhirnya nanti, kita (beliau dan Najib) akan bagi keputusan.

"Sekarang mereka berebut nak jadi calon, nak guna lambang dacing (BN) dan ini bermakna lambang itu memiliki kekuatan di Sarawak sehingga semua berebut untuk mewakilinya," katanya pada program Bersama Ketua Menteri Sarawak 'Tanyalah Tok Nan", yang disiarkan secara langsung di TV1, malam Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pengantara, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar mengenai kemelut dalaman antara parti komponen BN dan parti mesra BN yang kini berebut untuk meletakkan calon mewakili BN.

Adenan berkata, jika kemelut itu gagal diselesaikan menjelang PRN-11, tidak mustahil BN akan meletakkan calon langsung.

"Tiada maknanya kita memberi kerusi kepada parti komponen, tetapi akhirnya calon mereka kalah.

"Lebih baik kita letakkan calon Bebas sebagai calon langsung BN dan apabila menang, terpulanglah kepada beliau untuk memilih komponen mana," katanya.

Mengenai keyakinan untuk menang besar pada PRN-11, Adenan berkata, beliau amat yakin dengan sokongan pengundi ketika ini.

"Kalau boleh kita nak menang semua 82 kawasan, tetapi kita harus realistik dan mengakui ada kawasan yang pembangkang kuat," katanya.

Read More

Kontraktor Diingat Jangan Keterlaluan Kritik Kerajaan

Kontraktor Diingat Jangan Keterlaluan Kritik Kerajaan


Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi memberi amaran kepada sesetengah kontraktor di negeri ini agar tidak keterlaluan dalam kritikan mereka terhadap kerajaan.

Katanya mereka tidak harus melangkaui batasan dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain seolah-olah mereka kebal daripada sebarang tindakan.

Beliau berkata tidak seperti di negeri lain, kontraktor di negeri ini menerima kontrak kerja daripada kerajaan tanpa mengira mereka menyokong Barisan Nasional ataupun tidak.

"Namun ada di kalangan mereka mendabik dada kerana masih boleh mendapat kontrak kerja walaupun kuat mengkritik atau tidak menyokong kerajaan. Jangan melampau, hentikanlah perbuatan itu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Bahan Binaan Projek Khas Program Bantuan Rumah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada mangsa kebakaran di Rumah Meruan, Nanga Tada di Kanowit.

Terdahulu, Anggota Dewan Undangan Negeri Ngemah Alexander Vincent dalam ucapannya mengingatkan kontraktor-kontraktor yang melaksanakan projek-projek kerajaan di negeri ini agar memastikan kerja yang mereka lakukan menepati spesifikasi dan jangka masa yang ditetapkan.

Ini bagi memastikan agar kerajaan tidak dipersalahkan di atas kegagalan pihak kontraktor melaksanakan kerja mereka.

"Sering kali apabila sesuatu projek itu tidak dilaksanakan dengan baik ataupun terlewat, kerajaan akan dipersalahkan oleh rakyat, kita tidak mahu perkara ini berlaku," katanya.

Sekiranya perkara tersebut terjadi katanya, kerajaan boleh mengambil tindakan tidak membayar kontraktor yang terlibat.

Turut hadir Anggota Parlimen Kanowit, Aaron Ago Dagang.

Mangsa kebakaran Rumah Meruan menerima bahan binaan kayu yang bernilai lebih daripada RM360,000 daripada Alexander Nanta pada majlis tersebut.

Rumah sepanjang 35 pintu di Skim Penempatan Semula Nanga Tada itu ranap dalam satu kebakaran pada jam 4.30 petang pada 7 Jun tahun lalu semasa penghuninya berehat selepas meraikan majlis Gawai Sandau Hari di sebelah pagi.
Read More

PRN11: DAP Sarawak Beri Isyarat Sedia Rampas Kerusi PKR

PRN11: DAP Sarawak Beri Isyarat Sedia Rampas Kerusi PKR
chong2
Sambil menyifatkan PKR Sarawak, Baru Bian lambat bertindak, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen membayangkan bersedia merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN 2011).




Dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider tiga hari lepas, Chong terus membangkitkan isu lama yang menjadi duri dalam daging di antara DAP dan PKR pasca PRN 2011.
Chong membayangkan PKR lemah di Sarawak, bertanding 49 kerusi DUN pada PRN 2011, tetapi hanya menang 3 kerusi sahaja iaitu Ba Kelalan (Baru Bian), Batu Lintang (See Chee How) dan Krian (Ali Biju)
Sedangkan pada PRN itu, DAP bertanding 15 kerusi DUN, menang 12 kerusi, iaitu Padungan (Wong King Wei), Pending (Violet Yong Wui Wui), Kota Sentosa (Chong Chieng Jen), Meradong (Ting Tze Fui), Bukit Assek (Wong Ho Leng), Kidurong (Chiew Chiu Sing), Batu Kawa (Christina Chiew Wang See), Repok (Wong Hua Seh), Dudong (Yap Hoi Liong), Pelawan (Wong Kee Woan), Piasau (Ling Sie Kiong) dan Pujut (Fong Pau Teck).
“Jawapan saya ialah tiada kawasan menjadi milik parti tertentu, terutama sekali apabila anda tidak memenangi kerusi kawasan tersebut.
“Falsafah kami ialah sekiranya anda mahu bertanding di kawasan itu, anda perlu mula bekerja di kawasan tersebut dan bukan hanya turun sewaktu kempen pilihan raya.
“Jadi kami mula bekerja sebaik sahaja selepas pilihan raya umum 2013 ketika orang lain masih lagi tertekan dengan kegagalan pembangkang menakluki Putrajaya.
“Ketika itulah kami memulakan Impian Sarawak,”kata Chong.
Salah satu DUN yang dimenangi PKR, Batu Lintang yang dimenangi oleh See Chee How merupakan kawasan bandar di mana pengundi Cina merupakan penentu kemenangan di kawasan itu.
Kemungkinan besar, DAP akan merampas DUN Batu Lintang pada PRN 2016 sebagaimana parti itu pernah merampas DUN Padungan pada PRN 2011.
Bekas ADUN PKR Padungan, Dominique Ng Kim Ho kecewa dengan kegagalan PKR mempertahankan kouta DUN itu untuk parti, lalu beliau bertindak keluar parti dan bertanding calon bebas pada PRN 2011.
Chong turut membangkitkan kegagalan misionari PKR yang berselindung di sebalik nama NGO untuk bekerja di peringkat akar umbi, berbanding dengan projek Impian Sarawak tajaan DAP.
“Usaha kami (Impian Sarawak) lebih meluas melibatkan bidang pendidikan dan pusat perubatan, di samping membantu pembinaan infrastruktur.
“Usaha mereka (PKR) pula dilakukan di bawah badan bukan kerajaan seperti Light Up Borneo dan Barefoot Mercy. Ok, anda boleh buat semua itu, tetapi di mana mesej politik?,”soal Chong.
Projek Impian Sarawak yang dilancarkan DAP pada 11 September 2013 telah melebarkan krisis parti itu dengan PKR negeri.
Menurut laman sematankelawas.com apabila DAP melaksanakan projek Impian di Kampung Lawas, Briwan Kito dan Tunas Baru, ia telah mencabar kredibiliti Baru Bian kerana ketiga-tiga kampung itu di bawah DUN Ba Kelalan.
“Akhirnya persoalan mengapa DAP kemaruk keluar pakatan rakyat Sarawak terjawab apabila Projek Impian Sarawak DAP mula menapak di Lawas; kawasan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian
“DAP melancarkan projek membina paip air graviti di Kampung Briwan Kito dan Tunas Baru sebagai membuktikan bahawa Baru Bian tidak peka dan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN.
“Projek Impian Sarawak anjuran DAP semestinya adalah atas arahan dan kelulusan Pengerusi DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen, lapor laman itu.
Sebelum ini blog cetusankenyalang pernah mendedahkan DAP juga berminat salah satu daripada tiga kerusi DUN yang sebelum ini milik PKR iaitu Tupong, Samariang ataupun Satok.
Ini kerana Chong telah melantik pembantu khasnya, Abdul Aziz Isa sebagai Penyelaras DAP DUN Tupong.
Pada tahun lalu, PKR Sarawak pernah mengkritik muslihat tersembunyi DAP yang berselindung di sebalik Projek Impian Sarawak.
“Kini DAP menggunakan Impian Sarawak untuk bergerak ke pedalaman. Ingatkan impian Sarawak ini adalah untuk membantu PKR di pedalaman; rupa-rupanya tidak. Niat DAP rupa-rupanya untuk merampas kerusi PKR Sarawak di pedalaman.
“Malangnya yang DAP mahu bertanding pula adalah di kawasan yang PKR boleh menang seperti Layar dan lain-lain,”katanya.
DUN Layar adalah salah satu dari 49 kerusi yang ditandingi PKR pada PRN 2011. Kerusi-kerusi lain yang ditandingi parti itu adalah Opar, Tasik Biru, Pantai Damai, Demak Laut, Tupong, Samariang, Simanggang dan Satok.
Selain itu, PKR turut bertanding di Batu Lintang, Asajaya, Bengoh, Tarat, Tebedu, Kedup, Simunjan, Lingga, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Saribas, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Belawi, Semop dan Daro.
Lain-lain kerusi yang ditandingi PKR adalah; Meluan, Ngemah, Machan, Nagka, Dalat, Balingian, Tamin, Kakus, Pelagus, Katibas, Baleh, Belaga, Jepak, Kemena, Bekenu, Lambir, Senadin, Telang Usan, Batu Danau, Ba’kelalan dan Bukit Sari.
“Dulu DAP tidak mahu berkongsi beban dengan PKR untuk bertanding di kerusi pedalaman, maka PKR terpaksa berkorban memikul tanggungjawab itu.
“Apabila PKR bertanding 49 kerusi maka DAP kata PKR Sarawak tamak. Ini tuduhan tidak berasas,” ulas PKR Sarawak.
Turut dijawab PKR Sarawak isu kemenangan 12 kerusi DUN oleh DAP pada PRN 2011.
“DAP menggunakan alasan mereka bertanding 15 menang 12. PKR Sarawak bertanding 49 menang 3 sahaja. Alasan ini tidak tepat.
“Kerana DAP menang di bandar kerana faktor Anwar Ibrahim yang berkempen untuk Pakatan Rakyat termasuk DAP di semua bandar yang DAP tandingi.
“Kekuatan atau kemenangan 12 kerusi ini tidak sepatutnya digunakan oleh DAP untuk serang PKR. Sedangkan PKR atau Anwar Ibrahim dan Azmin Ali membantu kempen DAP di seluruh bandar – bandar masa PRN-10 2011.
“Kemenangan 12 kerusi ini bukan kemenangan mutlak DAP sendiri. Ia kemenangan Pakatan bersama. Sedangkan Lim Kit Siang dan top gun DAP tidak banyak membantu PKR Sarawak di pedalaman.
“DAP perlu tahu bahawa 3 kerusi yang dimenangi PKR bukan hak mutlak PKR walaupun hanya jentera PKR sahaja yang berhempas pulas melawan BN tanpa kehadiran top gun DAP membantu ketika itu,”ulasnya.
Read More

PRN Sarawak : Pemuda Sosialis DAP Selar Kesombongan PKR

PRN Sarawak : Pemuda Sosialis DAP Selar Kesombongan PKR
Abdul-Aziz-Isa_dap_sarawak_600


Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak menyelar sikap kesombongan PKR dalam membolot agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya, Abdul Aziz Isa hari ini menggambarkan PKR hanya mementingkan diri sendiri tanpa merujuk kepada rakan kompenan Pakatan Harapan khususnya DAP
“PKR adalah sama sekali mementingkan diri sendiri dan hanya mementingkan kerja mereka sendiri sahaja. Jika kejayaan mereka begitu muram, minta tolong dengan rakan kongsi anda dalam DAP untuk mengatasi kelemahan anda,” katanya dalam satu kenyataan.
PKR secara bersendiri telah mengumumkan calon yang begitu banyak, tanpa sebarang perbincangan dengan Pakatan Harapan, kritik Aziz, sambil menambah PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi di Sarawak, ‘walaupun tewas’ pada PRN 2011.
“(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan sikap tidak bekerjasama.
“Mungkin dari awal lagi, PKR langsung tidak mempunyai niat untuk berunding, ia hanya rempuh secara membuta tuli kerana ia begitu terdesak.
“Jadi, pertandingan tiga penjuru akan berlaku,”kata Aziz.
Tambahnya, PKR juga sukar untuk didekati kerana “otak bodoh dan ego”
Aziz yang juga pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, mencabar PKR untuk membiarkan DAP bertanding di beberapa kerusi yang secara tradisinya ditandingi PKR, sambil menambah bermungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya ‘untuk membuktikan siapa yang layak’.
Ini kerana, katanya, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menang, kerana DAP telah turun padang sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 lagi.
Aziz juga berkata, PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lalu sahaja.
“Sangat sedih, yang PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.


Abdul Aziz (kiri) bersama bosnya, Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak

Aziz juga berhujah bahawa PKR akan kemungkinan besar tidak diterima dengan baik di Malaysia Barat jika parti itu terus menjadi mesra PAS, yang menjauhkan lagi hubungan dengan DAP berhubung isu hudud.
“PKR bukan parti yang tegas, pemimpinnya tidak boleh membuat keputusan mereka … PKR tanpa kepala, tanpa arah dan keliru dengan konsep,” kritiknya lagi.
Beliau berkata, jika pemimpin-pemimpin PKR yang bukan berasal dari Sarawak dan tidak memahami keadaan di sini, mereka perlu berundur dan menahan diri daripada bergaul dalam hal ehwal tempatan.
“Seperti yang semua orang lihat, ia akan sentiasa menjadi sukar bagi DAP, tetapi kami adalah konsisten dan mempunyai integriti,” katanya.
Baru-baru ini, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam satu sidang media yang turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan 22 calon yang akan bertanding di Zon Selatan pada PRN 2016 pada April ini.
22 calon PKR itu termasuk tiga DUN yang diminati Abdul Aziz iaitu Tupong, Samariang ataupun Satok yang bersesuaian dengan pelantikan DAP terhadapnya sebagai Penyelaras DUN Tupong.
Calon PKR yang diumumkan di DUN Tupong adalah Nurhanim Hanna Mokhsen dan Mohd Salleh di DUN Satok.
Calon-calon PKR yang turut diumumkan adalah Francis Teron (Opar), Boniface Willie Tumek (Tasik Biru), Jajol Numan (Tanjung Datu), See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Athina Sim (Serumbu), Willie Mongin (Mambong), Musa Ngog (Tarat) dan Cyril Langin (Kedup), Regional Abell (Bukit Semuja), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah (Balai Ringin) Norina Utot (Simanggang), Kolien Liong (Batang Ai), Yukub Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Neol Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka), Ali Biju (Krian) dan Baru Bian (Ba’Kelalan).
Sebelum ini, PKR turut mengumumkan George Chen (Machan), Abdul Raafidin Majid (Nangka), Abun Sui Angit (Murum), Elia Bit (Marudi), Ronald Engan (Telang Usan) dan Paul Baya (Mulu).
Abdul Aziz disifatkan blog siemens-melayumaju sudah makin gelabah apabila kerusi yang diminatinya dirampas oleh PKR, hinggakan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak itu telah membuat pengumuman mahu bertanding di DUN Kota Sentosa (milik bosnya) atau Batu Kitang (milik musuh ketatnya dari PKR).
“Pada minggu lepas, Aziz, yang juga Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Ching Chieng Jen dengan konfidennya mengumumkan beliau akan bertanding sama ada di Kota Sentosa atau Batu Kitang.
“Umum tahu Kota Sentosa yang disandang oleh Chong adalah kubu kuat DAP manakan Chong hendak menyerah bulat-bulat kerusi tersebut kepada Aziz, sedangkan Batu Kitang adalah kawasan DUN baharu dan kekuatan serta sokongan DAP di sana masih belum dapat dipastikan lagi.
“Takkan Chong berani mengambil risiko untuk kalah pada PRN kelak? Takkan Chong nak duduk di luar sedangkan Aziz enak-enak saja duduk di dalam DUN waktu persidangan DUN Sarawak kelak?
“Penamaan Voon Shiak Ni sebagai calon PKR di Batu Kitang bagaikan paku terakhir menutup segala peluang bagi Aziz yang selama ini terkapai-kapai mencari kawasan untuk bertanding kerana sebelum ini beliau kelihatan “aktif berkempen” di Tupong dan Satok namun kedua-duanya telah di”cop” oleh PKR – Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).
“Hubungan Aziz dan Voon sebenarnya tidak mesra kerana mempunyai sejarah hitam mereka sendiri dan sudah tentunya Voon tidak akan memberi sebarang muka kepada Aziz.
“Aziz hampir-hampir disaman oleh Voon kerana menyelarnya (Voon) dalam status FBnya sebagai “jalang” dan perkataan kesat tidak berapa lama dulu namun difahamkan selepas Aziz memohon maaf secara terbuka maka kes tersebut dilupakan begitu saja,” dedah blog itu.
Read More

PRN11: DAP Lagakan Abdul Aziz Untuk Rampas Kerusi PKR

PRN11: DAP Lagakan Abdul Aziz Untuk Rampas Kerusi PKR
dap sarawak-azi
DAP Sarawak dilihat telah menjadikan Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya, Abdul Aziz Isa sebagai ‘ayam laga’ untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak April ini.


Abdul Aziz Isa kini diwar-warkan bakal menjadi calon DAP di DUN Batu Kitang bagi melawan calon yang diumumkan PKR, Voon Shiak Ni.
Voon merupakan Naib Ketua Wanita PKR Sarawak, manakala Abdul Aziz pula merupakan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
dun batu kitang
“Wong King Wei, Violet Yong dan Christina Chiew Wang See masing-masing akan mempertahankan DUN Padungan, DUN Pending dan DUN Batu Kawah.
“Manakala Abdul Aziz Isa dan Chong Chieng Jen akan diumumkan pada saat-saat akhir sama ada siapa akan bertanding di DUN Batu Kitang dan DUN Kota Sentosa,” kata Abdul Aziz dalamFacebooknya.
Walaupun Abdul Aziz membuat kenyataan bernada teka teki, namun umum sudah mengetahui DUN Kota Sentosa adalah kawasan kubu kuat Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, manakala DUN Batu Kitang adalah kawasan yang anggota DAP Melayu itu sedang giat berkempen sekarang ini.
DAP berminat dengan DUN Batu Kitang kerana kawasan itu majoriti pengundinya adalah dari kaum Cina.
Pada PRN 2011, PKR bertanding di DUN itu, namun tewas.
yb see pkr
Satu lagi DUN yang mempunyai ramai pengundi Cina adalah DUN Batu Lintang yang dimenangi oleh calon PKR, See Chee How pada PRN yang lalu.

Pada PRN 2011, DAP telah merampas DUN Padungan yang sebelum ini ditandingi oleh calon PKR.
Abdul Aziz berkata beliau tidak menolak kemungkinan DAP akan merampas kerusi-kerusi yang pernah ditandingi PKR sama ada di kawasan bandar dan luar bandar.
“Dulu DAP target kerusi majoriti Cina, maka PKR kata mereka sanggup mengambil selebih 49 kerusi memandangkan DAP enggan bertanding di kawasan luar bandar. Sekarang DAP sanggup bertanding di kerusi luar bandar, kenapa PKR tuduh DAP perampas? Kita hendak bantu menangkan kerusi yang kalah dan meringankan beban kewangan PKR.
“Satu soalan saya, calon PKR bertanding atas sebab menentang BN atau hendak ambil duit kempen? Berapa ramai calon PKR hantar laporan kewangan PENUH selepas kempen?
“Sejak bila kerusi-kerusi di negeri Sarawak ini milik PKR? Ianya milik rakyat, bukan PKR. PKR anggap kerusi ini macam mak bapa meraka yang punya. Bagi bila mahu, rampas bila mahu. Tiada soal ambil atau rampas, ianya adalah PERSAINGAN!.
“Setiap kali saya berjumpa dengan beberapa orang pemimpin Melayu PKR, mereka tidak sudah-sudah membincangkan isu DAP bertanding di Parlimen Stampin. Masalahnya, DAP dah menang di Parlimen Stampin, yang PKR nak bising-bising lagi kenapa?
“Tak perlu PKR nak tanding kerusi yang sudah dimenangi DAP. Cari kerusi yang masih dimenangi BN. Kalau PKR tuduh DAP rampas kerusi PKR sebagai contoh di DUN Satok, soalnya sekarang, sejak bila kerusi DUN Satok dimenangi PKR?
“Kalau masih dimenangi BN maka kerusi itu milik rakyat dan BN, bukan PKR. Lainlah kalau PKR menang di DUN Satok dahulu, tidaklah DAP akan bertanding di sana,”katanya.
dap 211
Read More

PRN11: Pemuda PAN Bantu Kempen Edar Akhbar Rocket & Kalendar DAP

PRN11: Pemuda PAN Bantu Kempen Edar Akhbar Rocket & Kalendar DAP
aziz
Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Sarawak membantu mengedarkan akhbar Rocket dan kalendar DAP kepada pengundi sebagai salah satu strategi kempen Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, April ini.
Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Petra Jaya, Abdul Aziz Isa ketika mengadakan program berjumpa pengundi di DUN Batu Kitang.
“Semangat Pakatan Harapan yang erat antara DAP dan Amanah. Didatangi Ketua Pemuda Amanah Sarawak, Mohamad Fadillah Sabali, sewaktu mengadakan walkabout di 3rd Mile Market.
“Beliau meluangkan masa lebih sejam bersama mengedarkan akhbar Roket dan kalender.
“Saya mewakili Pemuda DAP ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan,”katanya dalam Facebook.
Akhbar Rocket merupakan akhbar rasmi DAP, manakala kalendar 2016 memaparkan wajah-wajah Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak dan wakil rakyat DAP negeri yang majoritinya dari kaum Cina.
kalendar
Berbeza dengan pujian kepada PAN, Abdul Aziz yang juga merupakan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen hari ini mengecam PKR sebagai parti yang mementingkan diri sendiri dan bekerja secara bersendirian.
“Mungkin dari awal lagi, PKR langsung tidak mempunyai niat untuk berunding, ia hanya rempuh secara membuta tuli kerana ia begitu terdesak.
“Jadi, pertandingan tiga penjuru akan berlaku,”kata Aziz.
Tambahnya, PKR juga sukar untuk didekati kerana “otak bodoh dan ego”
Beliau melontarkan kritikan keras itu kerana PKR mengumumkan calon-calon mereka tanpa berunding dengan DAP.
Aziz yang dilantik sebagai Penyelaras DAP DUN Tupong dikatakan berminat bertanding di salah satu DUN sama ada di DUN Tupong, Satok dan Batu Kitang, namun PKR telah mengumumkan calon-calon mereka di ketiga-tiga kawasan itu.
PKR telah mencalonkan Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong), Mohd Salleh (Satok) dan Voon Shiak Ni (Batu Kitang).
“Penamaan Voon Shiak Ni sebagai calon PKR di Batu Kitang bagaikan paku terakhir menutup segala peluang bagi Aziz yang selama ini terkapai-kapai mencari kawasan untuk bertanding kerana sebelum ini beliau kelihatan “aktif berkempen” di Tupong dan Satok namun kedua-duanya telah di”cop” oleh PKR – Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).
“Hubungan Aziz dan Voon sebenarnya tidak mesra kerana mempunyai sejarah hitam mereka sendiri dan sudah tentunya Voon tidak akan memberi sebarang muka kepada Aziz.
“Aziz hampir-hampir disaman oleh Voon kerana menyelarnya (Voon) dalam status FBnya sebagai “jalang” dan perkataan kesat tidak berapa lama dulu namun difahamkan selepas Aziz memohon maaf secara terbuka maka kes tersebut dilupakan begitu saja,” dedah blog siemens-melayumaju.
Sementara itu, satu risalah telah disebar yang menggambarkan Aziz sebagai ‘bapa ayam’ yang membekalkan gadis-gadis seperti di bawah.
comfort girl
“Baru admin faham mengapa politikus muda, Abdul Aziz Isa, dari parti DAP Sarawak mendapat jolokan ‘Anwar Ibrahim junior’.
“Pihak lawan mungkin merasakan mereka tidak akan mampu menyaingi kredibiliti mahupun kepetahan bercakap Abdul Aziz hingga terpaksa menggunakan taktik kotor untuk bersaing.
“Terbaru, iklan ‘comfort girls’ yang kononnya dijalankan oleh Abdul Aziz mula tersebar.Jugadisertakan dengan nombor telefon Abdul Aziz.
“Jawapan dari Abdul Aziz bila dihubungi admin sambil ketawa ‘No retreat,no surrender.Biarlah mereka guna taktik murah.Saya tidak akan jadi semurah mereka dengan mengikut cara mereka’
“Tabik penuh hormat dari admin untuk Anwar Ibrahim junior.Anda akan jadi seorang YB yang sangat bagus,” dedah penyokong Aziz, ‘Harapkan Songkok Jer Tinggi Tapi IQ Rendah
Aziz berkata risalah itu sengaja dikeluarkan untuk memburuk-burukkan dirinya selepas beliau bekerja keras berkempen di DUN Batu Kitang.
“Muka hensem macam ini kamu fitnah sebagai ‘bapa ayam’? Hanya kerana saya aktif di Batu Kitang dan membongkar isu rasuah, pihak lawan mula menggunakan taktik kotor dengan membuat fitnah lucah terhadap saya.
“Saya difitnah sebagai ‘sugar daddy’ atau ‘bapa ayam’.
“Terima kasih kepada admin group ini yang membantu saya membersihkan nama saya. Esok saya akan buat laporan polis.

“Ingat, jangan main politik kotor dengan orang Melanau. Kalau tidak puas hati dengan saya, sila bersemuka dengan saya secara jantan,”katanya.
Read More

PRN11: Kritikan Abdul Aziz Terhadap PKR Bukan Mewakili DAP – Naib Presiden PKR

PRN11: Kritikan Abdul Aziz Terhadap PKR Bukan Mewakili DAP – Naib Presiden PKR


PKR enggan melayan tuduhan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, bahawa ‘PKR pentingkan diri’ dalam perebutan kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu yang akan diadakan seawal Mac ini.

Naib presidennya, Dr. Shaharuddin Badaruddin bertegas PKR akan mempertahankan kerusi yang diperuntukkan kepada partinya sebelum ini dan hanya akan bertolak ansur jika berlaku pertembungan di 11 kerusi melibatkan kawasan persempadanan baru seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semalam, Abdul Aziz Isa, pembantu kepada Chong Chieng Jen mendakwa PKR “sangat mementingkan diri sendiri dan hanya memenuhi kehendak sendiri” selepas bertegas mahu mempertahankan kerusi DUN Tupong di Kuching.

Bukan itu sahaja, Abdul Aziz juga menuduh PKR ‘tanpa kepala, tanpa arah dan keliru dengan konsep”, serta “sentiasa sukar untuk didekati’.

Dia kemudiannya menarik balik kenyataan itu tanpa memberi sebarang sebab.

“Suara-suara itu (tuduhan Abdul Aziz) datang daripada pemimpin-pemimpin kecil, bukannya daripada peringkat tertinggi. Pemimpin tempatan yang berhasrat untuk bertanding di peringkat DUN, namun tidak memahami perjanjian dan perkara-perkara yang perlu diselesaikan di peringkat bawahan.

“Kalau bertindih pun, biarlah di 11 kawasan baru. Tetapi kawasan-kawasan lain yang tradisinya ditandingi oleh PKR dan contohnya kini DAP nak bertanding di kawasan itu, maka kena diselesaikan melalui rundingan. Janganlah buat kenyataan yang bukan-bukan mendakwa PKR tak bertolak-ansur dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Shaharuddin menambah, kerusi DUN Tupong yang diidamkan Abdul Aziz adalah kerusi tradisi PKR sejak 2011 dan ia adalah kawasan majoriti pengundi Melayu.

DAP Sarawak dilaporkan merancang untuk menamakan Abdul Aziz sebagai calon DUN itu tetapi PKR pantas mencanang untuk meletakkan ahli exco wanitanya, Nurhanim Hanna Mokhsen.

PKR juga bertegas mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada partinya pada pilihan raya 2011 tidak boleh dirunding.

“Tupong merupakan kawasan yang PKR tandingi sejak 2001. Jadi tidak timbul soal PKR mengambil kerusi DAP kerana mereka tak pernah bertanding di kawasan Melayu kerana sering bertanding di kawasan majoriti Cina.

“Jadi isu yang mengatakan PKR cuba mengambil tempat DAP dan cuba mengambil tempat yang ditandingi DAP ialah tidak betul. Sebelum DAP mengumumkan tempat-tempat yang mereka nak tandingi, kena berbincang dahulu di peringkat Pakatan Harapan (PH),” ujarnya.

Shaharuddin memberitahu sehingga kini Pakatan Harapan (PH) masih berbincang mengenai pembahagian kerusi untuk PRN Sarawak.

Beliau juga menasihati sekutunya agar bersabar dan tidak mengeluarkan kenyataan ‘bukan-bukan’ yang boleh menjejaskan kerharmonian kerjasama antara parti-parti
Read More

PRN11: Adenan Pertimbang Letak Calon Langsung BN

PRN11: Adenan Pertimbang Letak Calon Langsung BN


SANTUBONG  -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata beliau sedang mempertimbang untuk meletakkan calon langsung Barisan Nasional pada pilihan raya negeri ke-11.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa bilangan calon langsung BN yang akan bertanding.

"Perkara ini (meletakkan calon langsung BN) sedang dipertimbangkan bagi menyelesaikan perebutan kerusi antara parti-parti komponen BN," katanya selepas merasmikan penutupan seminar persediaan jentera pilihan raya Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, kira kira 40 kilometer dari bandaraya Kuching.

Menurutnya formula calon langsung BN pernah digunakan pada pilihan raya Parlimen sebelum ini yang membabitkan Datuk Seri James Dawos Mamit di kerusi Mambong dan Datuk Billy Abit Joo di kerusi Ulu Rajang.

Adenan yang juga pengerusi BN Sarawak berkata beliau belum menetapkan tarikh untuk menemui Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud bagi mendapatkan kebenaran membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, Adenan berkata BN Sarawak terutamanya PBB sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri, dan ia akan meletakkan beberapa anggota Pemuda dan Wanita sebagai calon.

Menyedari semangat membara dalam kalangan anggota Pemuda PBB mengenai pilihan raya negeri, beliau bagaimanapun menasihatkan mereka supaya tidak mengambil mudah pilihan raya itu.

"Nasihat saya kepada pemimpin dan anggota parti (PBB) ialah supaya mereka mengambil serius pilihan raya itu tetapi dalam masa sama, harus tenang dan bersabar.

"Kita pernah melalui pilihan raya sebelum ini dan kita mencapai kemenangan, jadi pada kali ini, saya yakin kita juga boleh menang," katanya.

Mengenai pembahagian kerusi, Adenan berkata pembahagian kerusi untuk PBB dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) sudah pun dimuktamadkan dengan PBB akan bertanding di 40 kerusi manakala PRS di 11 kerusi.

Bagi SUPP dan SPDP, katanya perkara itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Read More