Calon Dun Tupong Pengukur Kebijaksanaan Adenan Satem

Calon Dun Tupong Pengukur Kebijaksanaan Adenan Satem
Cuma sebagai panduan Adenan Satem, memilih Fazrudin Abd Rahman bererti Adenan Satem merelakan UMNO bertapak di Sarawak. Tindakan ini berkemungkinan akan membuatkan rakyat Sarawak mengutuk tindakan Adenan Satem berkurun lama. Keharuman nama Adenan Satem kini akan membusuk sekiranya tindakan ini diambil.


Daud Abd Rahman sudah boleh melupakan kerusi Dun Tupong. Dengan kes yang amat berat ditanggungi beliau adalah amat mustahil Adenan Satem akan mencalonkan beliau sebagai calon Dun Tupong.

Jadi, persoalan siapakah yang paling layak memikul tugas untuk mengekalkan Dun Tupong sebagai kubu PBB ?

Dun Tupong bukanlah lagi kawasan perkampungan Melayu yang mana calon BN yang akan bertanding di sana boleh menggula-gulakan rakyat dengan modal pembangunan. Masyarakat di Dun Tupong kini terdiri dari pelbagai bangsa, latar belakang dan kedudukan.

Mereka majoritinya golongan profesional yang celik IT dan punya pertimbangan yang waras untuk memangkah kertas undi.

Ura-ura mengatakan Fazzrudin Abd Rahman, Ketua Penerangan Pemuda PBB akan diletakkan sebagai calon PBB di Dun Tupong sebagai pengganti Daud Abd Rahman. Sekiranya berita ini benar, maka sudah sampai masanya PBB menyerahkan secara rela hati Dun Tupong kepada pembangkang.

Rasionalnya, Fazrudin Abd Rahman merupakan “budak bermasalah yang bernasib baik diangkat sebagai “adik kandung” Fadillah Yusof, Ketua Pemuda PBB. Google sahaja nama Fazrudin Abd Rahman, akan terkeluarlah berita tidak baik mengenai beliau.

Persoalan mengapa Fadillah Yusof mengambil “budak bermasalah” sebagai “adik kandung” tidak perlulah diperincikan. Semua orang tahu apa perancangan Fadillah Yusof. Hanya yang buta dan tuli sahaja tidak tahu mengenai niat Fadillah Yusof.

Lupakan pasal Fazrudin Abd Rahman yang melobi untuk calon PBB Dun Tupong. Kerana keputusan semuanya di tangan Adenan Satem.

Cuma sebagai panduan Adenan Satem, memilih Fazrudin Abd Rahman bererti Adenan Satem merelakan UMNO bertapak di Sarawak. Tindakan ini berkemungkinan akan membuatkan rakyat Sarawak mengutuk tindakan Adenan Satem berkurun lama. Keharuman nama Adenan Satem kini akan membusuk sekiranya tindakan ini diambil.


Read More

UMNO Bertapak Di Sarawak

UMNO Bertapak Di Sarawak

Berjayakah UMNO Bertapak Di Sarawak ???


Gerakan untuk membawa UMNO ke Sarawak bukanlah satu gerakan baru. Cuma sensasinya UMNO akan dibawa masuk ke Sarawak kini bilamana ada individu yang begitu menyerlah “berkawan amat rapat” dengan UMNO. 

Bisik-bisik orang kampung sudah mula kedengaran bahawa individu ini punya satu niat untuk melebarkan sayap UMNO ke Sarawak dan menjadi Ketua Menteri UMNO di Sarawak.

Kedengaran sayup-sayup berita yang dibawa angin mengatakan UMNO akan diserap masuk ke Sarawak bila “individu” ini memiliki kuasa di dalam parti PBB.

Gerakan telah dimulakan dengan mengumpulkan Adun-Adun yang rapat dengan individu ini. Dari apa yang kedengaran, perjumpaan demi perjumpaan telah diadakan termasuklah di luar Sarawak.

Individu ini turut dikatakan akan memasang orang-orang beliau untuk dimasukkan sebagai calon di beberapa kawasan dengan menggantikan calon yang sedia ada.

Cakap-cakap juga turut menyebut kesemua 5 atau 6 kerusi yang diperuntukkan kepada PBB sekiranya pilihanraya negeri kali ini menggunakan persempadanan baru akan diletakkan orang-orang beliau.

Sebagai persediaan untuk menjadikan semua ini menjadi kenyataan, kewangan beliau turut diperkukuhkan dengan adanya hubungan dengan Putrajaya. Jika diperhatikan projek-projek wahyu dari Putrajaya yang melibatkan peruntukkan yang besar, sudah pasti orang-orang beliau yang akan dianugerahkan projek wahyu ini. Dengan beliau punya kedudukan yang strategik, kemudahan untuk orang beliau dapat projek wahyu ini amatlah mudah.

Begitulah apa yang diceritakan. Diharap ianya hanyalah cakap-cakap kosong sahaja.
Read More

Penyandang DUN Tupong dikenuku nadai bediri agi

Penyandang DUN Tupong dikenuku nadai bediri agi


Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ti mega Chairman Barisan Nasional (BN) Nengeri udah ngenukuka penyandang sitak Kunsil Nengeri (DUN) Tupong ke diatu, Datuk Daud Abdul Rahman enda bediri agi maya Pengawa Bepilih Besai Nengeri Ke-11 (PRN11) tu ila.

Maya madahka pasal pekara nya, Adenan mega ngenukuka penyandang ke agi ngetanka sitak diri iya nya Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ba DUN Semariang, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (DUN Satok) , Dr. Hadzland Hipni (DUN Demak Laut) enggau Dr. Abdul Rahman Junaidi (DUN Pantai Damai) lalu semina DUN Tupong aja dipadah iya deka bisi chalun baru.

“Baka kitai bukai, Shaarifah Hasidah, Abang Johari, Dr. Hadzland enggau Dr Abdul Rahman kita nemu reti…Bisi tiga bulan agi,” ku Adenan.

Iya madah munyi nya lebuh bejaku bejadika ‘Majlis Perasmian Agenda DBKU 2016’ di Taman Sukma Ria ditu, kemari.

PRN ke-11 dijangka deka diatur dalam kandang entara tengan bulan March enggau April ke deka datai.

“Beri aku peluang lima taun agi nyadi Kepala Menteri kita, agi mayuh pemansang ke deka digaga kitai. Nya alai, ngarapka rayat bekerejasama enggau semua pengari rayat diri.

“Pilih Dachin…Laban semina Perintah Barisan Nasional (BN) aja ke bisi duit mai pemansang ungkup menua enggau rayat,” ku iya.

Ba sentang DUN Tupong ku iya, Daud udah madah ngagai Adenan iya deka nyurutka diri ba PRN Ke-11 tu ila.

“Kitai deka ngiga orang bukai bediri ba DUN Tupong. Kita pan nemu nama kebuah nya bansa nya, Daud udah madah ngagai aku iya deka nyurutka diri ba PRN 11 tu ila,” ku iya.

Di sitak Tupong, diberitaka dua iku chalun ke udah dipeda regas ngelawa rayat sereta didinga deka nganti Daud, iya nya Sapit Chairman Opis Kaunsil Mengeri Padawan (MPP) Dr Zaiedi Suhaili enggau Sekretari Politik Kaban Parlimen Petra Jaya (Datuk Fadillah Yusuf) Fazzruddin Abdul Rahman ti mega nyadi Ketuai Nembiak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tupong.




Read More

Adenan sahkan Daud tidak pertahankan Tupong

Adenan sahkan Daud tidak pertahankan Tupong


KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong Datuk Daud Abdul Rahman tidak akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 kelak.

Perkara ini diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sambil menjelaskan keputusan itu dibuat atas faktor kesihatan Menteri Muda Hal Ehwal Islam itu.

“Saya sekarang masih sedang mencari calon di DUN Tupong bagi menggantikan Datuk Daud.

“Beliau juga sudah mengetahui ini dan bersetuju untuk bersara,” katanya berucap pada majlis perasmian Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2016 di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Daud, yang telah menjadi wakil rakyat di DUN Tupong selama lima penggal sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 1991.
Read More