[Video] #NothingToHide2: Tun Mahathir Hina Nabi Isa Tanda Kemenangan Ahli Sunnah

[Video] #NothingToHide2: Tun Mahathir Hina Nabi Isa Tanda Kemenangan Ahli Sunnah


Transkrip hinaan terhadap Nabi Isa alaihissalam:

"Berkenaan dengan Felda, ini adalah satu ladang terbesar di dunia. Mempunyai hampir dua juta ekar ladang, sudah tentu dua juta ekar ini mempunyai nilai yang tinggi jika dijual dengan nilai tanah sahaja sekalipun.

Ianya memberi pulangan kepada peneroka-peneroka yang telah diberi peluang untuk memiliki tanah ini. Maka datanglah seorang yang bernama Isa Alaihis Salam, eh… Isa Samad,"

Sambil diiringi oleh gelak tawa para manusia jahil.

Semua dari kita tahu bahawa perbuatan menghina Nabi-Nabi boleh mengakibatkan diri menjadi kufur. Pelakunya akan dilaknat Allah dan mereka akan diseksa dengan seksaan yang hina. Allah berfirman,

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا

"Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatnya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya seksa yang menghinakan." [QS. al-Ahzab: 57]

Dahulu ketika perang, jika sahabat mendengar Nabi sallallahu alaihi wa sallam dihina, mereka akan merasa sedikit gembira kerana selepas penghinaan tersebut Allah akan menghancurkan musuh dan memberikan kaum muslimin kemenangan. Sebagaimana yang diceritakan Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah:

وقد كان المسلمون إذا حاصروا أهل حصن واستعصى عليهم ، ثم سمعوهم يقعون في النبي صلى اللّه عليه وسلَّم ويسبونه ، يستبشرون بقرب الفتح ، ثم ما هو إلا وقت يسير ، ويأتي الله تعالى بالفتح من عنده انتقاماً لرسوله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

"Dahulu ada sekelompok kaum muslimin yang mengepung benteng musuh (orang kafir) dan berusaha menyerang mereka. Sampai mereka mendengar ada sebahagian musuh yang mencela kehormatan Nabi sallallahu alaihi wa sallam dan menghina beliau.

Seketika itu, kaum muslimin langsung bergembira dengan dekatnya kemenangan yang akan segera datang. Kemudian hanya dalam waktu yang singkat, Allah memberikan kemenangan, kerana murka-Nya untuk membela utusan-Nya sallallahu alaihi wa sallam." [ash-Sharim al-Maslul, hlm. 116]

Jika ada yang berdalih kisah ini hanya khusus untuk mereka yang menghina Nabi Muhammad, kita katakan kalian silap.

Bukan sahaja Nabi Muhammad, hukuman yang sama juga bagi mereka yang menghina Nabi-Nabi terdahulu sebagaimana firman Allah,

وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

"Sungguh beberapa rasul sebelum kamu telah diperolok-olok, maka turunlah kepada orang-orang yang mencemuhkan di antara mereka balasan (azab) kerana penghinaan mereka." [QS. al-An'am: 10]

Jadi janganlah bersedih wahai ahli sunnah. Kemenangan kita semakin hampir. Kembalilah kepada Allah, mohon ampun kepadaNya. Jangan pula kita termasuk dalam kelompok yang Allah akan hancurkan nanti.



Abu Aqif Al Iman

https://youtu.be/6wdKJRvSRJ0
Read More

Skandal FOREX BNM: Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Mahathir Untuk Menangguhkan Prosiding RCI

Skandal FOREX BNM: Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Mahathir Untuk Menangguhkan Prosiding RCI
Mahathir gagal kali ke-3 untuk menangguhkan RCI mengenai skandal FOREX BNM RM30 bilion.

Mengapa Mahathir takut sangat dengan RCI? Apa yang perlu ditakutkan sampai beliau bersusah payah mencuba banyak kali untuk menangguhkan RCI?

Bukan kah dia kata # Nothing2Hide?

Adakah Mahathir akan mencuba untuk kali ke-4 bertujuan melengahkan perbicaraan dengan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini?



*****
*Siasatan RCI FOREX Bermula 21 Ogos*

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian pertukaran asing (forex) Bank Negara yang berlaku sekitar tahun 1990-an akan memulakan pendengarannya pada Isnin ini.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menangguhkan prosiding RCI.

Pasukan peguam Mahathir berharap mendapatkan penangguhan, sementara menunggu rayuan kes untuk menyingkirkan dua anggota panel RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Tan Sri Saw Choo Boon.

Peguam Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa mereka tidak berhasrat untuk mencabar Yang di-Pertuan Agong, tetapi hanya mahu kabinet memberi nasihat kepada Seri Paduka untuk menggantikan kedua-dua anggota itu.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh, yang mengetuai panel tiga anggota, berkata mereka tidak membenarkan permohonan itu.

"Demi kepentingan awam, RCI perlu diteruskan," katanya.

Panel tidak membuat sebarang perintah mengenai kos.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim.

Read More

Skandal RM30 FOREX BNM: Mahathir Berusaha Untuk Menangguhkan Atau Menghentikan RCI

Skandal RM30 FOREX BNM: Mahathir Berusaha Untuk Menangguhkan Atau Menghentikan RCI
Inilah percubaan kali KETIGA untuk menangguhkan RCI.

Pertama ketika mereka membantah di RCI. Kedua adalah apabila Tun M memfailkan di Mahkamah Tinggi untuk menyingkir dua anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). 

Beliau kini membuat notis rayuannya di Mahkamah Tinggi hari ini untuk menyingkir dua anggota daripada RCI atas sebab yang lemah bahawa 23 anggota itu juga berada di dalam panel bagi menentukan sama ada RCI perlu diadakan.

Tidak ada petunjuk dari mereka bahawa kedua-dua orang ini berat sebelah hanya menjadi alasan dalam usaha Mahathir untuk menghentikan RCI dengan apa cara sekali pun. 

Kes itu kini di Mahkamah Rayuan - sama seperti apabila Tokong Lim Guan Eng kalah kes pertama untuk mengisytiharkan tindakan SPRM sebagai tidak berperlembagaan, beliau kemudiannya merayu dan ini bertujuan menangguhkan perbicaraan rasuahnya.

Mahathir melakukan perkara yang sama seperti Tokong Guan Eng yang berjaya menangguhkan perbicaraan rasuahnya lebih dari satu tahun.

Nothing2Hide lah Mahathir. 

Mengapa banyak sangat percubaan untuk menangguhkan RCI? Apa yang dia takutkan?

Tak payah guna mahkamah untuk tangguhkan RCI BNM RM30 billion lagi.   Tun jangan belajar yang tak baik dari Anwar dan Guan Eng.

Tak perlu guna mahkamah untuk tangguhkan RCI Skandal FOREX BNM RM30 bilion lagi. Mahathir janganlah terikut-ikut perkara yang tak baik dari Anwar dan Guan Eng.

Ataupun ini adalah everything2hide?



Read More

Kekecohan Didalangi Anggota PPBM Sendiri Bukan Orang Luar - Pengarah Keselamatan Parti Pribumi

Kekecohan Didalangi Anggota PPBM Sendiri Bukan Orang Luar - Pengarah Keselamatan Parti Pribumi
Pengarah Keselamatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Parlimen Shah Alam Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin hari ini mendakwa kekecohan forum ‘Nothing to Hide 2.0’ Ahad lalu didalangi oleh anggota parti itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat insiden kekecohan tersebut dan ugutan bunuh terhadapnya.

“Laporan (polis) pertama yang saya buat, sebab saya mahu polis siasat insiden kekecohan itu kerana apabila kita teliti video yang dirakam dalam forum tersebut kejadian balingan kerusi itu sebenarnya ditujukan ke arah saya dan bukan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dan saya syak mereka yang terlibat itu terdiri daripada pihak penganjur, urusetia serta beberapa anggota PPBM sendiri. Insiden (kekecohan) itu sengaja diwujudkan supaya dapat menghalang saya daripada bertanyakan beberapa soalan kepada Dr Mahathir selepas isu Memali disoal (individu lain),” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, beliau membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap penganjur dan pasukan keselamatan forum itu.

Beliau mendakwa mereka membahayakan keselamatan hadirin dengan memberi contoh sebuah kerusi dibaling dari tingkat 2 Dewan Raja Muda Musa.

“Syed Saddiq (Ketua Pemuda PPBM) kata kerusi dilontar ke arah Dr Mahathir.

“Itu tidak betul. Sebenarnya ia ditujukan kepada saya, salah satu objek itu jatuh di depan saya.

“Jika kerusi itu terkena kepala seseorang, orang itu mungkin mati,” katanya lagi.

Ditanya kenapa serangan itu menyasarkannya, katanya, beberapa bulan lalu beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Dr Mahathir.

Dalam laporan itu, beliau meminta SPRM menyiasat kekayaan keluarga bekas perdana menteri.

“Saya kecewa tidak dapat mengemukakan soalan kepada Dr Mahathir. Saya sepatutnya berbuat demikian selepas Taufik, tetapi seseorang membaling kerusi ke arah saya,” katanya.

Beliau merujuk bekas exco Pemuda PPBM, Taufik Abas yang bertanya peristiwa Memali meragut 18 nyawa, termasuk 4 anggota polis dalam pertempuran pasukan keselamatan dengan penduduk kampung yang mempertahankan Ibrahim Mahmud, seorang guru agama tidak disenangi pihak berkuasa ketika itu.

Ketika Dr Mahathir menjawab soalan itu, satu botol air dilontar ke arahnya.

Anggota keselamatan segera berkumpul di sekitarnya ketika seseorang membaling sebuah kerusi yang nampaknya menyasarkan lelaki berusia 92 tahun itu.

Kekecohan tercetus dengan lebih banyak dilontarkan, termasuk 2 suar.

Satu daripadanya menyasarkan pentas dan satu lagi ke arah tempat duduk pengamal media.

Sementara itu, Wan mendesak Syed Saddiq meletak jawatan kerana gagal memastikan keselamatan ahli akar umbi PPBM.


Read More

SPRM Serbu Kediaman Isa Samad

SPRM Serbu Kediaman Isa Samad
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya membuat serbuan terhadap kediaman bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di Selangor malam ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkilfi Ahmad berkata, serbuan tersebut merupakan proses biasa yang dilakukan pihaknya sebagai tindakan susulan terhadap penahanan seseorang individu.

“Serbuan ini dibuat supaya kita dapat membuat semakan terhadap dokumen yang disimpan di rumah beliau. Ini merupakan satu proses biasa oleh SPRM, bukan luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani ‘Ikrar Bebas Rasuah’ (IBR) Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Kota Bharu hari ini.

SPRM menahan Isa hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Ketika ditanya sama ada pihaknya akan melakukan tangkapan susulan selepas ini, termasuk membabitkan isteri Isa, Dzulkifli berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada pihak media selepas ini.

“Siasatan terhadap Isa masih berjalan dan beliau akan direman esok pagi,” katanya.

Mengenai rancangan SPRM untuk membuat rayuan berhubung pembatalan reman ke atas Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh, Dzulkifli berkata, Pejabat Peguam Negara bersetuju memfailkan rayuan tersebut sama ada esok atau lusa.


Read More

Isa Samad Ditahan SPRM Selepas Beri Keterangan

Isa Samad Ditahan SPRM Selepas Beri Keterangan
Bekas Pengerusi Felda Global Ventures, Tan Sri Mohd Isa Samad ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi bagi membantu siasatan kes pembelian dua buah hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporations (FIC).

Beliau terlebih dahulu hadir ke ibu pejabat SPRM pada jam 2.40 petang tadi untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

“Kami yakin mempunyai asas kukuh membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tesebut,” menurut Pengarah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki.

Katanya, penahanan itu adalah tindakan susulan hasil daripada keterangan yang sudah dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel berkenaan sebelum ini.

Terdahulu Isa tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 2.40 petang Selasa.

Beliau merupakan antara individu yang dipanggil SPRM berhubung pembelian hotel oleh FIC di London dan Kuching.

Sebelum ini, bekas pembantu khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil direman berhubung kes berkenaan.

SPRM turut memanggil bekas dan pengarah semasa FIC termasuk peguam bagi membantu siasatan.

FIC dikatakan membeli sebuah hotel di Kengsington, London pada harga yang tinggi, RM330 juta sedangkan nilai sebenar dikatakan berharga RM110 juta.

Pembelian sebuah hotel di Kuching pada nilai RM160 juta turut dikatakan bernilai lebih RM50 juta daripada nilai sebenar.

Semalam Isa melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi FIC.


Read More

Soalan Kepada Pengkritik Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) 

Soalan Kepada Pengkritik Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) 

Para pemimpin pembangkang dan pengkritik yang terus menyerang bahwa RM55 bilion untuk ECRL tidak akan menguntungkan kerana kerajaan tidak dapat pulangan dari pelaburan, juga harus menjawab dua pertanyaan senang ini:

1. Sekiranya ECRL tidak dapat pulangan dari pelaburannya melalui pengangkutan kargo dan tambang penumpang, apakah pulangan bagi RM27 bilion Lebuhraya Pan Borneo yang bebas tol dan tiada kutipan hasil langsung?

2. Sekiranya ECRL 688km yang menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dan mampu memberi perkhidmatan terhadap lebih daripada 10 juta orang serta menyediakan jambatan darat yang memberi saingan kepada pelabuhan Singapura dengan kos RM55 bilion tidak memberi pulangkan maka bagaimana pula dengan RM46 bilion bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bagi membina jalan raya dan lebuh raya untuk kegunaan 1.7 juta orang. Adakah mereka berjanji dengan bebas tol mereka boleh mendapat apa-apa hasil darinya?

Sila *jawab* kedua-dua soalan di atas sebelum teruskan untuk menghentam ECRL *atau adakah perlu Kerajaan Persekutuan menghentikan projek Lebuhraya Pan Borneo dan Kerajaan Pulau Pinang menghentikan projek PTMP kerana tidak ada apa-apa pulangan langsung dan tidak dapat mengembalikan pelaburan?*

Para penyebar propaganda dan 'alarmist' ini tidak melihat gambaran lebih luas di mana hasil kerajaan bukan hanya terhad kepada pulangan langsung dari projek pengangkutan.

Jangan hanya melihat kos. Lihat juga kepada peluang (opportunities) .

Kerajaan juga melakukan pembangunan berorientasikan pengangkutan - bermakna nilai tanah pada keseluruhan laluan akan meningkat dan membolehkan zon pengeluaran pembuatan dan aktiviti pelancongan akan muncul di kawasan tersebut.

Di samping peningkatan nilai tanah, kerajaan juga akan meraih hasil cukai (ya, termasuk GST) daripada peningkatan peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi.

Lihat sini: 'ECRL Jana 45,000 Kerja Untuk Rakyat Malaysia – @NajibRazak' 

Di samping itu, kesesakan dapat dikurangkan, masa perjalanan dikurangkan, pencemaran yang berkurangan kerana landasan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya, mengurangkan kemalangan, mengurangkan kehilangan nyawa dan mengurangkan import minyak. 

Projek landasan keretapi akan bertahan sehingga 100 tahun dan pulangan kepada kerajaan dan rakyat adalah bagi jangka panjang - lama selepas pengkritik sudah tidak wujud lagi.

Selain itu, tidak ada keperluan untuk membuat spekulasi bahawa kos projek akan meningkat kerana kerajaan sekarang telah membuktikan untuk pembinaan projek-projek pengangkutan yang disiapkan mengikut masa dan di bawah anggaran seperti sambungan LRT 1 dan LRT 2 serta MRT.

Ini bukan kerajaan Mahathir di mana projek-projek yang dibina oleh kroni yang tidak berkemampuan melaksanakan projek besar-besaran dengan kos yang tinggi dan kemudian terpaksa di 'bail-out'. 

Jika landasan kereta api adalah membazir, cuba fikir kenapa China yang sedang pesat membangun banyak landasan keretapi di negara mereka sendiri? Fikirkan!

LSS.


Rujukan:
ECRL Jana 45,000 Kerja Untuk Rakyat Malaysia – @NajibRazak

MENGAPA PAKATUN BERSUNGUH-SUNGGUH SABOTAJ ECRL? http://pakdin.my/mengapa-pakatun-bersunguh-sungguh-sabotaj-ecrl/

KOS PELAN INDUK PENGANGKUTAN PULAU PUNANG MENINGKAT KEPADA RM46 BILION http://pakdin.my/kos-pelan-induk-pengangkutan-pulau-punang-meningkat-kepada-rm46-bilion/

KENAPA CHAUVINIST CINA DAP DENGKI NAJIB MAJUKAN MELAYU DI PANTAI Timur? http://pakdin.my/kenapa-cina-dap-dengki-najib-majukan-melayu-di-pantai-timur/

MENGAPA PAKATUN BERSUNGUH-SUNGGUH SABOTAJ ECRL? http://pakdin.my/mengapa-pakatun-bersunguh-sungguh-sabotaj-ecrl/

Read More

Azmin, Mahathir & Everything To Hide

Azmin, Mahathir & Everything To Hide
Forum anjuran PPBM yang menjadi kecoh di Shah Alam itu bukannya forum "Nothing To Hide" tetapi sebenarnya adalah forum "Everything To Hide". 

Sebelum buat forum, bukan main lagi Mahathir buat kenyataan akhbar cakap semua orang boleh tanya apa apa sahaja soalan. Namun, bila hari sebenar kejadian, orang yang bertanya soalan pula dibaling dengan kerusi. 

Tuduhan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menuduh UMNO yang menjadi dalang dalam kekecohan program Nothing To Hide 2.0  adalah tidak benar. Sudah dua hari, apa bukti yang Azmin ada untuk sokong dakwaan itu? 

Semua sudah terbongkar, siapa yang mula-mula baling kerusi iaitu kumpulan urusetia program. Membaling kerusi dari bilik urusetia dari atas. 

Pasukan keselamatan yang memakai baju hitam juga baling kerusi tetapi tidak ditangkap. Yang kena tangkap budak kolej sahaja.

Yang menjadi sasaran bukannya Mahathir seperti yang didakwa Syed Saddiq, tetapi sasarannya adalah Exco Armada PPBM, Taufik Abbas. 

Inilah contoh demokrasi cara baling kerusi. Diajar oleh Mahathir dan Azmin Ali. Perancang seorang lagi iaitu Kit Siang awal awal lagi sudah cabut lari. Beberapa minit lepas Kit Siang lari, terjadilah pesta baling kerusi. 

Budaya baling kerusi ini hanya ada di Selangor. Sewaktu pemilihan PKR semasa Azmin lawan Khalid Ibrahim. Kini, virus baling kerusi ini merebak dalam PPBM.

Banyak lagi perkara selain Memali dan kes liwat Anwar yang masih lagi menjadi perkara yang disembunyikan oleh Mahathir. 11 Jun 2017, Muhammad Hafiz Azhar, Exco Armada PPBM telah desak Mahathir jawab tentang kekayaan luar biasa anak anak Mahathir. 

Sampai ke hari ini, Mahathir tidak menjawab soalan dari ahli partinya itu. Itu belum lagi disoal pasal kes Perwaja, Maminco, Pernas, MEC, BMF Scandal, Proton dan Skandal Forex. Semua perkara ini masih berstatus "everything to hide". 

Sama seperti Mahathir, Azmin juga banyak sembunyikan isu bawah karpet. Masih tidak mahu menjawab dengan rakyat. Duit 20 sen plastik sudah berapa banyak yang dikutip? Kepada poket siapa duit 20 sen yang dikutip dari rakyat ini masuk? 

Isu SPLASH, dana YAWAS dan SMUE semuanya masih tidak dijawab oleh Azmin. Kemudian, apa kesudahan pada isu status tanah di Paya Indah Wetlands? Kos pintu gerbang Selangor yang terlalu mahal.

Oleh kerana itulah Azmin hanya jawab 36 soalan sahaja dari 297 soalan di sidang DUN Selangor baru baru ini. Hanya 12% sahaja soalan dijawab. Kalau ikut gred markah, sudah dapat "F" atau gagal sama sekali. 

Sidang DUN yang sepatutnya berlangsung selama 10 hari telah dipendekkan kepada 2 hari sahaja. Ini bukti, Azmin ada banyak sangat perkara yang berstatus "everything to hide" di Selangor. 

Isu isu ini akan menjatuhkan kerajaan Azmin Ali di Selangor pada PRU14 nanti. Rakyat Selangor sudah matang dan mereka tidak mahu lagi ditipu oleh MB yang suka makan "aiskrim" dalam tandas. 

Azmin tidak perlu campur tangan dalam hal 1MDB. Tuan Ibrahim sudah faham penjelasan Arul Kanda. Khalid Ibrahim pun begitu juga. Tidak ada benda yang hendak disembunyikan dalam 1MDB. Hutang pun sudah selesai. 

Yang banyak sorok dan sembunyikan sesuatu sekarang adalah Azmin dan Mahathir. Jelas jelas pergaduhan berlaku antara baju hitam dan baju merah semasa forum. Video tersebar di merata tempat. Namun bak kata Muhyiddin, hanya "orang sewel" sahaja yang tidak nampak apa yang berlaku. 

Keganasan adalah cara politik pembangkang. Buat drama dan tuduh orang lain. Dalam himpunan haram Bersih 3, Azmin dan Anwar lah orang yang memberi "signal" arahan agar rempuhan dibuat terhadap polis di Dataran Merdeka. 

Kemudian terjadilah kes anggota polis trafik diterajang, kereta polis diterbalikkan dan wartawan dicederakan. Kemudian pihak yang buat kekecohan ini tuduh polis pula. Padahal mereka yang memulakan kekecohan.

Pihak polis perlu mengambil tindakan segera membatalkan perhimpunan haram anjuran pembangkang yang dirancang untuk diadakan pada 14 Oktober depan. Bimbang nanti mereka bergaduh baling kerusi sesama mereka, pihak lain pula yang dituduh nanti. 

Buatlah satu forum sesama ahli PPBM dan Pakatan Harapan sendiri. Yang jadi panel adalah Mahathir dan Azmin. Banyak soalan boleh ditanya kepada mereka berdua kerana masih banyak isu terhadap mereka masih berstatus "everything to hide".


Read More

Rogol Dua Ahli Keluarga-Bapa,Datuk dan Bapa Saudara Di Tahan Reman

Rogol Dua Ahli Keluarga-Bapa,Datuk dan Bapa Saudara Di Tahan Reman


Majistret Kota Samarahan membenarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap empat sekeluarga kerana merogol dua lagi ahli keluarga mereka hingga mengandung.

Majistret Dayang Roselind Awang Mahdini membenarkan permohonan Ketua Siasatan Jenayah Daerah Serian, Asisten Superintendan Alias Nen bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kes ini dijalankan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang berusia 19 dan 14 tahun kini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut, selepas dijadikan hamba seks sejak berusia 13 dan 9 tahun.

Lebih malang, gadis berusia 19 tahun itu kini mengandung 25 minggu.

Kes tersebut terbongkar apabila mangsa
melakukan pemeriksaan kesihatan kandungannya di Hospital Serian, sekitar jam 2.30 petang semalam.

Soal siasat terhadap mangsa kemudian mendedahkan dia menjadi “santapan seks” bapa, datuk dan dua bapa saudaranya sejak berusia 13 tahun.

Lebih menyedihkan lagi, adik mangsa turut menjadi mangsa mereka, sejak berusia sembilan tahun.

Kesemua perbuatan ini dilakukan di rumah keluarga ini di Kampung Daha Seroban, berhampiran Tebedu.
Read More

Forum 'Nothing To Hide 2.0' Bertukar Menjadi Forum 'Everything To Hide'

Forum 'Nothing To Hide 2.0' Bertukar Menjadi Forum 'Everything To Hide'
FORUM 'NOTHING TO HIDE 2.0' BERTUKAR MENJADI FORUM 'EVERYTHING TO HIDE'

Kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri

14 Ogos 2017

1. Forum 'Nothing to Hide 2.0' dianjurkan dan diuruskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan dihadiri oleh kepimpinan dan penyokongnya. PPBM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap acara itu, jadi untuk menyalahkan kejadian huru-hara itu ke atas UMNO adalah percubaan oleh pembangkang untuk menutup tindakan tanpa rasa malu oleh anggota-anggotanya sendiri.

2. Hakikatnya adalah penyokong pembangkang yang hadir kecewa dengan ketidakupayaan Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab soalan di forum itu mengenai skandal semasa pentadbirannya, seperti tindakan beliau memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembunuhan Memali. Forum 'Nothing to Hide 2.0' itu sebaliknya bertukar menjadi forum 'Everything to Hide'.

3. Seperti yang diketahui semua, dan seperti yang jelas dilihat pada acara itu, Pakatan Harapan pada asasnya telah terbahagi. Apa lagi yang boleh diharapkan dari pakatan yang telah bergabung atas perkahwinan yang hanya berlandaskan kelebihan yang diberi oleh bekas-bekas musuh yang pernah melakukan segala-galanya yang termampu untuk memusnahkan satu sama lain untuk beberapa dekad.

4. Tuduhan liar yang menyalahkan UMNO dan Perdana Menteri oleh Dato' Seri Azmin Ali dan pemimpin Pakatan yang lain adalah palsu, melulu dan tidak sepatutnya dilakukan. Ia jelas adalah satu percubaan untuk mengalihkan perhatian dari perpecahan PPBM, dan merupakan satu lagi contoh cara politik pembangkang untuk mewujudkan kebencian dan kemarahan terhadap kerajaan pada setiap peluang yang ada.

5. Sekiranya Pakatan tidak dapat menganjurkan forum sendiri tanpa kekacauan, kita hanya dapat membayangkan apa yang akan mereka lakukan kepada Malaysia. Ianya jelas bahawa negara akan ditimpa bencana jika pembangkang yang diketuai oleh DAP mendapat kuasa pada Pilihan Raya Umum akan datang.

6. Pihak berkuasa akan menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kerajaan ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri akan terus memberi tumpuan kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI


Read More

[Video] Baling Kerusi: Budaya PKR Yang Telah Menular Ke Parti Cap Bunga

[Video] Baling Kerusi: Budaya PKR Yang Telah Menular Ke Parti Cap Bunga


Mungkin Anwar sudah lupa pemilihan PKR yang lalu di mana merata-rata cawangan termasuk ibupejabat ada insiden pergaduhan dan baling kerusi.

Ataupun Anwar lupa keganasan BERSIH 3 membalun anggota polis.

Ataupun merempuh masuk pintu Universiti Malaya tahun 2014?

Juga memanjat pagar UPSI? 

Merujuk kepada pergaduhan dan baling-membaling kerusi semalam di forum #everything2hide Mahathir, Anwar memberi amaran bahawa keganasan akan lebih sering berlaku menjelang PRU14.

Sebenarnya, Anwar tahu bahawa keganasan dan pergaduhan akan berlaku kerana ini memang budaya parti beliau.

Oleh itu, dia telah beri amaran lebih awal.


LSS.

P.S. Siapakah yang bodoh sangat untuk membenarkan pelajar tak cukup umur masuk forum Tun Mahathir semalam?

Siapakah yang pandai sangat ditugaskan untuk menapis pelawat semalam sehingga "flare" pun dibenarkan dibawa masuk?

Tak ingat ke forum Nothing2Hide pertama sudah ada pergaduhan dan tangkapan polis?

Read More

Nothing To Hide 2.0: Nak Tutup Kemaluan Masalah Dalaman Sendiri, Salahkan UMNO

Nothing To Hide 2.0: Nak Tutup Kemaluan Masalah Dalaman Sendiri, Salahkan UMNO
Oh... rupanya orang dalam PPBM sendiri mengaku kekecohan baling selipar dan kerusi di forum #everything2hide Tun Mahathir itu semua rancangan orang sendiri didalam PPBM.

Mengaku pula dirancang oleh bekas-bekas EXCO Armada cap bunga yang sudah lama tidak puas hati dengan parti sendiri.

Masalah dalaman parti Cap Bunga sendiri. Ada hati nak tunding jari untuk menyalahkan BN nak sabotaj pula.

Patutlah NGO-NGO, cybertrooper dan media pro-pembangkang diarahkan untuk cepat-cepat nak salahkan BN untuk menutup KEMALUAN masalah dalaman parti sendiri.



LSS.

---
Post pengakuan dari Admin page Mukhriz Mahathir:
https://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC/photos/a.709049989155843.1073741829.708420685885440/1534769623250538/?type=3



*******
GAME SEMUA SALAH UMNO

Hari ini tergelak melihat posting daripada puak-puak Pembangkang dan Parti Bunga mengenai Insiden Kekecohan yang berlaku di Majlis Nothing To Hide 2.0 anjuran pakatan pembangkang

Beberapa Persoalan yang Aku Musykil hari ini

1. Provokasi Kerusi : Jika Kita Dapat lihat dalam video yang di viral kan, balingan kerusi tu DARI ATAS PENTAS. Logiknya, celah mana lah yang dikatakan "Ahli UMNO" dapat duduk di Level sedimikian 

2. Sekuriti: Jika kita lihat, sekuriti rata-rata terdiri daripada kalangan AJK Pribumi itu sendiri. Masakan mereka tidak ada sistem untuk periksa ahli mereka yang tulen atau tidak. 

3. Soalan : Rata-rata apa yang aku nampak soalan hadirin tersebut lebih berminat untuk tahu kisah Zaman Mahathir yang Dikatakan "Maha Firaun" selama 22 tahun beliau memeritah. Contohnya:

- Isu Memali
- Anwar Ibrahim Meliwat
- ISA

4. 1MDB - selama hampir 2 jam program , soalan berkaitan 1MDB pun tak ada disentuh langsung sehinggalah Mahathir terpaksa membuka cerita mengenai cerita tersebut, ini menunjukkan bahawa rakyat lebih berminat tentang Zaman Beliau Memerintah

5. Semua Salah UMNO Game: Seperti biasa orang yang paling cepat menyalahkan UMNO adalah Top Gun Pakatan Harapan. 

-Udah2 la salahkan UMNO pembangkang oi , Dewan korang punya, Majlis PPBM punya, Ahli korang jemput, Tajuk korang pilih. Celah mana UMNO nya woiii!!!!

#SudahSudahLahDivert

- sang pemerhati-

Read More

[Video] Nothing To Hide 2 Batal: Kecoh Ketika Mahathir Menjawab Soalan Tragedi Memali

[Video] Nothing To Hide 2 Batal: Kecoh Ketika Mahathir Menjawab Soalan Tragedi Memali

KECOH.. Program Nothing To Hide 2 di dewan di Shah Alam tiba-tiba gamat. Suasana dewan kecoh semasa Mahathir ditanya dan sedang menjawab mengenai isu Memali. 

DALAM kejadian bermula 5.31 petang itu ada orang yang melontar bom asap dalam dewan.Terus jadi gamat. Pada jam 5.40 penganjur umum program BATAL. 


SETAKAT ini belum jelas punca. Namun nampak semacam ada yang tak puashati dengan jawapan Mahathir mempertahankan tindakan polis dalam kes Memali. 


Read More

Pemimpin PKR Ziarah Hadi Petanda PKR Anggap PAN Dan Pribumi Tidak Boleh Diharap

Pemimpin PKR Ziarah Hadi Petanda PKR Anggap PAN Dan Pribumi Tidak Boleh Diharap
Meskipun tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR terputus secara rasmi pada Mei lalu, namun hubungan pimpinan antara kedua-dua parti berkenaan masih ‘terjalin’.

Sekeping gambar yang dikongsikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam laman Facebook beliau malam tadi memberi gambaran berkenaan.

Hadi menerima kunjungan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Dr Shaharuddin Badaruddin.

“Menerima kunjungan ziarah oleh pimpinan PKR pada malam ini di Kuala Lumpur,” tulis beliau.

Azmin turut berkongsi gambar yang sama dalam akaun Twitter beliau.

“Sebentar tadi menemani YB @drwanazizah dan @pmshahar menziarahi YB Tuan Guru Ustaz Haji Hadi Awang yang sedang berehat selepas pembedahan,” tulis Azmin di akaun Twitter @azminali malam tadi.

Pertemuan pimpinan PKR dan Hadi itu sekaligus menimbulkan spekulasi sama ada kedua-dua parti itu akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Azmin yang ditemui pemberita sewaktu menghadiri Karnival Inisiatif Peduli Rakyat, di Padang Awam Kampung Baru Batu Caves, tengah hari semalam berkata, beliau bersedia untuk berunding dengan PAS dalam mendepani PRU14 kelak.

Azmin minggu lalu diumumkan sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Selangor itu memberitahu tindakan itu penting supaya tiada pertembungan sesama pembangkang memandangkan PAS kini bukan sebahagian daripada gabungan berkenaan.


Read More

Buaya Gergasi Ditangkap Di Sibuti

Buaya Gergasi Ditangkap Di Sibuti
MIRI: Seekor buaya seberat 300 kilogram (kg) dengan panjang berukuran 18 kaki ditangkap hidup-hidup oleh penduduk Kampung Labau Sibuti di utara Sarawak.

Haiwan reptilia itu ditemui di tebing sungai perkampungan tersebut yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandaraya Miri.

Dengan bantuan kakitangan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), mereka berjaya menangkap buaya itu sebelum dihantar ke sebuah taman buaya pada petang Sabtu.

Kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Miri dimaklumkan SFC mengenai perkara itu dan mereka menghantar sebuah lori tiga tan untuk membawa buaya terbabit.

"Kakitangan SFC meminta Jabatan Pertahanan Awam Miri untuk membantu mengangkut buaya itu ke Taman Buaya Kuala Baram.

"Sebaik tiba di lokasi, buaya itu sudah ditangkap dan diikat penduduk kampung dengan bantuan kakitangan SFC," kata ketua jabatan itu, Mohd Hazle Abdul Hamid.

Ia antara buaya gergasi pernah ditangkap penduduk kampung di daerah Miri.


Read More

Kilang Haram: SPRM Siasat Surat Boon Poh

Kilang Haram: SPRM Siasat Surat Boon Poh
PULAU PINANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dua surat yang ditulis exco kerajaan negeri itu, Phee Boon Poh, meminta agar tiada tindakan dikenakan terhadap sebuah kilang haram.

Surat tersebut yang ditulis pada 2015 dan 2016 mengarahkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan terhadap kilang memproses penapis karbon yang beroperasi secara haram lebih 10 tahun.

SPRM turut menyiasat sama ada Boon Poh atau pegawainya meluluskan surat tersebut.

Ketika Boon Poh dan dua pengarah syarikat tersebut direman pada Sabtu, SPRM dijangka memanggil seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP untuk disoal siasat.

SPRM dipercayai akan menyiasat peranan Adun tersebut dalam kes berkenaan.

Difahamkan SPRM juga akan menyiasat hubungan antara Booh Poh dan juga pemilik kilang tersebut.

Suruhanjaya itu mahu mengenal pasti bagaimana kilang itu boleh beroperasi secara terbuka meskipun menerima aduan daripada penduduk berhampiran.

"Kilang haram itu beroperasi di atas ladang kelapa sawit. Kami mahu tahu mengapa ia boleh beroperasi tanpa sebarang tindakan (diambil)," kata sumber.

Ketika dihubungi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Azam Baki berkata mereka akan menjalankan siasatan menyeluruh dan meneliti pelbagai sudut berkaitan kes itu.

Katanya, siasatan akan memberi tumpuan kepada elemen penyalahgunaan kuasa.

"Kami telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

"Kami akan meneliti sama ada seorang suspek memberi perlindungan kepada kilang haram itu untuk membolehkan ia beroperasi sejak 10 tahun lalu," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Sumber berkata pengawai SPRM singgah semula ke rumah Boon Poh di Sungai Puyu untuk mencari lebih banyak bukti bagi membantu siasatan.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang dokumen dirampas.

Rumah dan pejabat dua lagi suspek lain turut akan digeledah semula bagi membantu siasatan kes itu.

Lebih banyak tangkapan akan dibuat beberapa hari lagi kerana siasatan terhadap kes itu diperluaskan.


Read More

Antara Rumah, Gerai dan Kilang di Pulau Pinang

Antara Rumah, Gerai dan Kilang di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengakui kerajaan negeri ada mengeluarkan arahan menangguhkan sebarang tindakan ke atas kilang pemprosesan habuk kayu haram yang beroperasi selama 10 tahun di Sungai Lembu, Penanti.

Beliau berkata, arahan itu adalah sebahagian daripada dasar diperkenalkan kerajaan negeri yang menegaskan aktiviti penguatkuasaan perlu ditangguhkan ke atas sebarang struktur atau premis haram yang dibina di mana-mana kawasan di negeri itu sebelum 2008.

Beliau berkata, penahanan EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh juga dibuat berikutan arahan berkenaan.

"Arahan ini sebenarnya untuk memberi laluan kepada pentadbiran kerajaan negeri mengenal pasti tindakan sewajarnya yang boleh dilakukan ke atas kilang pemprosesan habuk kayu haram terbabit.

"Kita mengambil kira pelbagai aspek untuk merobohkan sebarang struktur haram di negeri ini, termasuk sama ada ia memberi kesan negatif kepada masyarakat dan alam sekitar atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, di sini, hari ini.


---
Rujukan:
Kilang haram: Kerajaan PP mengaku tangguh tindakan


Read More

4 Lelaki Suspek Kes Rogol Di Serian Direman 7 Hari

4 Lelaki Suspek Kes Rogol Di Serian Direman 7 Hari

SERIAN: Bapa, datuk dan dua bapa saudara kepada seorang gadis  di Serian  direman 7 hari bagi membantu siasatan kes sumbang mahram.

Kesemua suspek yang ditahan jam 3.30 petang semalam dirumah mereka selepas  dimaklumkan oleh pihak Hospital Serian tentang seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mengandung  setelah dirujuk ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan sejam sebelum itu.

Hasil siasatan awal, remaja terbabit mendedahkan bahawa dia telah dirogol oleh 4 orang lelaki, iaitu ayah, datuk dan 2 bapa saudaranya sejak berumur 13 tahun.

Mangsa turut mendedahkan  adiknya yang berusia 14 tahun juga dirogol individu sama sejak berumur 9 tahun dan kesemua insiden berkenaan dikatakan berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian.

Pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa hamil 25 minggu dan mangsa kini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut.

Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Samarahan, Dayang Roselind Awang Mahdini memerintahkan kesemua Suspek yang berumur antara 26 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai petani ditahan reman 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes terbabit.

Kes disiasat di bawah seksyen 376B, iaitu sumbang mahram.

Read More

ADUN DAP Sungai Puyu Juga EXCO Kerajaan DAP Pulau Pinang Ditahan SPRM

ADUN DAP Sungai Puyu Juga EXCO Kerajaan DAP Pulau Pinang Ditahan SPRM
KETELUSAN pentadbiran DAP di Pulau Pinang rupa-rupanya retorik semata-mata. Apa yang mereka ucap dan perlaksanaan tidak pernah selari. DAP Pulau Pinang sedang bergelut dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan berhubung operasi sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti di sini.

Boon Poh ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 2.45 petang tadi bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes itu dan dijangka direman di Mahkamah Sesyen di sini pagi esok.

Dalam pada itu, peguamnya, R.S.N Rayer berkata, pihaknya ketika ini masih tidak mendapat maklumat jelas berhubung penahanan Boon Poh serta tuduhan yang dikenakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu berkenaan. 


Read More

Menjawab Polemik Yang Dicetuskan AJK PAS Pusat Mengenai Pindaan RUU 164

Menjawab Polemik Yang Dicetuskan AJK PAS Pusat Mengenai Pindaan RUU 164
Berikut adalah jawapan saya terhadap beberapa kekeliruan yang sengaja atau tidak sengaja yang dicetuskan oleh Ajk Pas Pusat melalui artikel yang ditularkannya bertajuk "RUU 164 : TRAGEDI MALANG BUAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI"


ISU PERTAMA

"6. PAS ada sebab yang  kukuh untuk menentangnya, dan bukan bangkit menentang secara semberono atau untuk meraih kepentingan politik demi populariti semata-mata. RUU 164 ini perlu ditarik balik dengan alasan yang sangat jelas dan kuat, iaitu ianya bercanggah dengan undang-undang persekutuan sedia ada seperti Seksyen 46 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2003 dan juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 121 1A Perlembagaan Persekutuan."


*JAWAPAN BALAS*

Pindaan yang dinyatakan dalam RUU 164 tidak sama sekali bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana hal ehwal orang Islam dan undang-undang Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri dan Mahkamah Syariah sebagaimana termaktub  di bawah Perlembagaan itu sendiri. Isu utama di bawah Akta 164 melibatkan perkahwinan bukan Islam yang melibatkan suami isteri yang bukan Islam. Jelasnya jika pindaan ini tidak dibuat, pasangan yang telah memeluk Islam akan teraniaya kerana dia tidak boleh memohon untuk membubar perkahwinan bukan Islamnya kerana Seksyen 51 yang lama hanya membenarkan permohonan bagi pasangan yang tidak memeluk Islam. Manakala pasangan yang telah memeluk Islam pula tidak boleh memohon kepada Mahkamah Syariah kerana enakmen tiada bidangkuasa untuk mendengar permohonan pembubaran perkahwinan bukan Islam atau hadanah anak dari perkahwinan bukan Islam. Pindaan 121(1A) jelas memisahkan bidang kuasa kedua Mahkamah Sivil dan Syariah. 


ISU KEDUA

"7. Apa yang dibimbangkan adalah, RUU 164 membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini. Antara bahaya yang bakal menjelma hasil dari RUU 164 ini adalah seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Selain itu, RUU 164 ini memperuntukkan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang."


*JAWAPAN BALAS :*

YB PAS mungkin kurang faham Akta 164. Kenyataan tersebut jelas menyimpang dengan maksud Akta 164. Akta ini hanya terpakai kepada orang bukan Islam (yang telah berkahwin di bawah Akta 164). Isu timbul bila salah seorang pasangan memeluk Islam yang mana Akta ini tidak boleh digunapakai untuk mereka yang beragama Islam. Implikasinya adalah perkahwinannya terdahulu tergantung atau "limping marriages". Namun pindaan ini menyelesaikan isu ini. Pasangan yang telah masuk Islam boleh memohon cerai di bawah Akta ini kerana sudah wujud bidangkuasa Mahkamah Sivil terhadapnya. Uniknya tanggungjawab sebelum dia memeluk Islam tidak berubah dengan pengislamannya. Malah dia masih wajib menyara anak-anak bukan Islamnya.  Perkahwinan bukan Islam adalah merupakan kontrak dan pertukaran agama tidak melupuskan tanggungjawab kontraknya. Keunikan ini menzahirkan lagi prinsip keadilan dalam Islam.



ISU KETIGA

"8. Antara lain, hak umat Islam yang terlucut hasil dari RUU 164 ini ialah seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. Bahkan orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya."


*JAWAPAN BALAS:*

Memeluk Islam tidak melupuskan tanggungjawab sebelum menjadi Islam. 
Pindaan yang dibuat terhadap Akta 164 ini hakikatnya memberi ruang kepada pihak yang telah memeluk Islam untuk menuntut hadanah, harta dan nafkah hasil dari perkahwinan dengan bukan Islam. Sebelum pindaan mualaf tidak boleh buat apa-apa dan ternafi haknya hanya kerana telah memeluk Islam.


ISU KEEMPAT

"9. Dengan meluluskan Akta RUU 164, bererti kekalahan besar terhadap kepentingan Islam dan kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini. Selepas ini, satu demi satu hak umat Islam terlucut, ditarik, ditukar dengan memberikan pelbagai kelebihan buat sesiapa untuk murtad, menukar agama, dan mengikis hak terutama penjagaan hak terhadap anak-anak."


*JAWAPAN BALAS :*

Akta 164 tiada kena mengena dengan isu status agama anak. Ia hanya memberi jalan keluar kepada Mualaf untuk meneruskan kehidupannya di masa akan datang jika pasangan bukan Islam tidak mahu memeluk Islam. 

ISU KELIMA

"10. Semoga tragedi di Parlimen pada 9 Ogos 2017 membuka mata rakyat bahawa kerajaan pimpinan UMNO-BN tidak boleh diharap untuk membela agama Islam. Selama mereka memerintah, selama itulah umat Islam akan terus tergadai dan terabai.  Di sisi yang lain, kelihatan jelas parti-parti pembangkang bukan pembela Islam sejati, sebaliknya hanya menjadikan Islam sebagai bahan pelaris produk mereka sahaja. Ketika sempit, Islam dijulang dan ketika ingin mencapai sesuatu, Islam dibuang! Bayangkan kalau mereka memerintah kelak, apa akan jadi kepada nasib umat Islam di negara ini?"

*JAWAPAN BALAS*

Tiada tragedi yang berlaku malah satu kebaikan atau hikmah dan sinar baru kepada sistem keadilan Islam di negara ini. Almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim, arkitek Sistem Perundangan Syariah Negara telah mengusulkan pindaan ini sejak 1986 lagi dan Alhamdulillah  Allah telah memberi kekuatan ini kepada barisan kepimpinan BARISAN NASIONAL untuk meminda Akta 164 kelmarin. Islam akan lebih dihormati kerana orang Islam tidak menganiaya sesiapa malah mengembalikan hak kepada yang berhak. Ia juga memberikan isyarat kepada semua agar tidak menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Yang paling utama juga membawa mesej penting bahawa memeluk Islam Islam tidak sesekali memutuskan hubungan ayah /ibu dengan anak masing-masing .

Semoga sirna di Parlimen pada 9 Ogos 2017 terus menyinarkan cahaya Islam di bumi Malaysia di bawah kepimpinan Kerajaan yang sedia ada untuk terus istiqomah dalam memartabatkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan mewajahkan Islam yang sebenar berteraskan prinsip Keadilan dan Rahmat kepada seluruh Alam. 

Oleh: PROF. DATO' DR NOOR AZIAH AWAL

Prof. Dato' Dr Noor Aziah Awal ialah Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)


Read More

Video : Tahniah PM Untuk ECRL Projek Bertaraf Dunia

Video : Tahniah PM Untuk ECRL Projek Bertaraf Dunia


1 November 2016, hasil lawatan Datuk Seri Najib ke China sejumlah 14 perjanjian perdagangan bernilai RM144 billion telah dipersetujui. Salah satunya adalah projek Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL sepanjang 688 kilometer dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.Semasa China bersetuju untuk melabur dalam projek ECRL berkelas dunia bernilai RM55 billion ini pada November lepas, pembangkang membuat pelbagai tohmahan dan kutukan kononnya Malaysia sudah kena gadai dengan China.

Tuduhan yang sama sekali tidak benar, ini kerana dalam masa yang sama pelaburan Malaysia bernilai RM7.5 billion juga masuk ke China. Bila Guan Eng meminjam wang tanpa had dari Exim Bank of China tidak pula dikata Pulau Pinang kena gadai?

Projek ECRL ini adalah satu projek bertaraf dunia untuk rakyat biasa. Pembangkang tidak perlu mempolitikkan semua benda, kerana kebaikan ECRL ini manfaatnya adalah untuk semua rakyat biasa.

Sistem pengangkutan yang moden dan bertaraf dunia ini akan memudahkan pergerakan ramai orang, dari Selangor terus ke Kelantan dalam masa 4 jam sahaja.

Sama seperti projek MRT, kini dari Kajang ke Sungai Buloh, setiap hari ramai orang mahu merasai menaiki MRT. Ada yang berswafoto dalam MRT, ada yang mahu rasa makan Sate Kajang dan pemandu Grab pun dapat tambah rezeki mereka.

Inilah juga yang akan dirasai oleh rakyat di Pantai Timur bila ECRL ini siap nanti. ECRL mensasarkan 5.4 juta penumpang dan 53 juta tan kargo antara tahun 2024 hingga 2030.

Malah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob turut mengakui ECRL bakal memberi impak besar pada rakyat Kelantan nanti. Kisah janji Husam Musa untuk buat tren laju sejam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur hanya tinggal jadi bahan jenaka sahajalah, bila ECRL ini siap nanti.

Seramai 3,600 pelatih dari kalangan mahasiswa akan dilatih dalam Program Latihan Kemahiran Industri ECRL. Membuka peluang pekerjaan kepada 80,000 rakyat Malaysia.

ECRL juga dijangka meningkatkan KDNK negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan sebanyak 1.5%. Menurut Anthony Dass, Group Chief Economist Ambank, pembinaan ECRL ini turut menyumbang 0.2% kepada pertumbuhan GDP negara.

4.4 juta rakyat di Pantai Timur akan dapat menikmati perkhidmatan tren berkelas dunia bila ECRL siap nanti pada 2024. Hari ini pun, mereka yang mahu balik ke utara sedang menikmati kemudahan tren ETS yang cukup selesa, menjimatkan masa dan tenaga.

Bagai goreng pisang panas, tiket ETS habis awal bila musim perayaan dan hujung minggu. Itulah nanti yang akan dinikmati oleh orang Kelantan, Terengganu dan Pahang nanti bila ECRL siap pada 2024 nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sudah menyatakan bahawa projek rel terpanjang di Malaysia itu telah mendapat sokongan penuh rakyat.

“MRT membuatkan rakyat percaya bahawa kita mampu mencapai dan menyediakan kemudahan bertaraf dunia. Begitu juga dengan ECRL yang akan bertaraf dunia.

“Adalah sesuatu yang membanggakan projek ini mendapat sokongan 95 peratus daripada 17,000 responden daripada kaji selidik yang dijalankan selama tiga bulan,” kata Datuk Seri Najib.

600 orang boleh berada dalam satu tren ECRL yang akan beroperasi selama 22 jam 30 minit sehari antara jam 5 pagi hingga 1 pagi.

Bermakna emak dan ayah boleh pergi rumah anaknya di Gombak jam 5 pagi dari Tumpat membawa bersama Nasi Dingin atau Nasi Berlauk.

Sampai 9 pagi sudah boleh bersarapan bersama anak anak di Gombak. Kemudian pulang semula ke Tumpat pada jam 5 petang dan sampai jam 9 malam.

Hubungan kekeluargaan menjadi erat dengan adanya ECRL. Mereka yang jauh didekatkan dengan keretapi berkelas dunia. Hentikanlah buat cerita yang tidak baik.

Dulu cakap Lynas ada "zombie" dan sebagainya, sekarang selepas 5 tahun ada orang mati kerana bahan radioaktif dan jadi "zombie"?  Pembangkang menipu sahaja.

Bersama samalah sokong projek ECRL bertaraf dunia ini, demi kebaikan semua rakyat secara bersama.
Tulisan :
Beruang Biru
Read More

Cerita Bohong Dan Pembangkang Berpisah Tiada

Cerita Bohong Dan Pembangkang Berpisah Tiada
Pada pertengahan bulan April lepas, Dato Seri Najib pernah dedahkan satu "principle" yang selalu digunakan oleh Mahathir iaitu "if you cannot convince them, confuse them". 

Inilah cara Mahathir, kaedah Machiavelli untuk jatuhkan pesaingnya dan gunakan strategi Nazi, Joseph Goebbels untuk indoktrinasi rakyat dan pengikutnya.

Hari ini Mahathir sudah menjadi Pengerusi kepada Pakatan Harapan. Kalau dilihat betul betul, banyak kenyataan yang dibuat Mahathir sejak balik beraya di London ini, banyak yang mengelirukan sahaja berbanding kebenaran. 

Inilah juga yang menjadi ikutan pengikut pengikut Mahathir dan pembangkang di media sosial. Mereka suka menyebar cerita tidak betul hanya bertujuan untuk kelirukan rakyat dan buat rakyat marah pada kerajaan sahaja. 

Viral baru baru ini tentang gambar fitnah mesyuarat UMNO tidak mendapat sambutan menerusi paparan gambar kerusi kosong dalam dewan. Gambar yang sama digunakan oleh facebooker pembangkang bernama The Kedah Report, Srikandi Malaya dan Iwan Mohd. 

The Kedah Report sebut mesyuarat pemuda UMNO di Kedah tiada sambutan, Srikandi Malaya sebut mesyuarat UMNO di Jasin Melaka tiada sambutan dan Iwan Mohd kata mesyuarat UMNO di Sungai Pinang, Pulau Pinang. 

Gambar sama tetapi guna tiga lokasi berbeza. Ketiga tiga tuduhan itu adalah bohong dan tidak betul. Kemudian viral pula cerita bohong pasal ambulans. Facebooker parti bunga memfitnah kononnya harga sebiji ambulans sampai RM400,000 ke RM500,000 sebuah.

Tuduhan itu adalah tidak benar. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min, jumlah yang dibelanjakan oleh pihak kementerian untuk perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja.

Tambahan beliau separuh daripada ambulans tersebut merupakan ambulans berspesifikasi penuh yang dilengkapi dengan peralatan perubatan moden antaranya Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor.

KKM turut memaklumkan sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulan telah diperoleh dengan nilai RM389 juta. Tegas Dr. Chen, beliau berharap agar fakta sebenar tidak diputar-belitkan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat. Inilah cara pembangkang untuk membuat rakyat marah pada kerajaan sahaja. 

Semalam pula, ada penyokong tegar Mahathir iaitu Syed Hassan dari Perkasa menuduh majlis pecah tanah ECRL yang dihadiri oleh Perdana Menteri penuh dengan banner, tulisan Cina dan diacarakan majlis dalam bahasa Cina. Seolah olah Malaysia sudah dijajah oleh China.

Kenyataan karut Syed Hassan ini adalah tidak benar, terus disangkal oleh mereka yang hadir pada program tersebut.

"Saya ada di sana tadi, tidak ada sampai macam itu sekali (seperti yang dituduh Perkasa kononnya Malaysia kena jajah dengan China), apa yang saya nampak identiti Melayu tetap diutamakan" ulas En Kamali Fauzi, seorang pegawai kanan kerajaan di Pahang yang hadir pada majlis perasmian ECRL tadi. 

Ujarnya lagi, semua penyambut tetamu wanita warga Cina pakai baju kebaya Melayu. Pengacara wanita dari negara China pun pakai baju kebaya Melayu dan cuba berbahasa untuk Melayu. Malah pengacara itu cuba untuk berpantun lagi. 

Pembohongan paling besar yang dibuat oleh puak puak pembangkang sudah terbongkar di mahkamah London pada 2 Ogos lepas. Mahkamah London sudah menyatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap Datuk Seri Najib dan PAS adalah fitnah semata mata. 

Claire Brown diarah oleh Mahkamah London untuk membayar £15,000 (RM83,719) kerana kesalahan memfitnah. Pihak pembangkang di Malaysia, terutamanya Mahathir dan Tony Pua yang pernah berkomunikasi dengan Claire Brown seolah mahu cuci tangan dan melepas tengkuk sendiri bila Claire Brown didapati bersalah. 

Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS juga sudah bersetuju dengan penjelasan mengenai 1MDB yang dibuat oleh Arul Kanda. Yang melompat adalah DAP, mereka takut bila PAS sudah tahu 1MDB bukanlah isu sebenar, ianya adalah sekadar pembohongan pembangkang semata mata untuk jatuhkan Datuk Seri Najib. 

Bagai irama dan lagu, pembangkang dengan kisah persepsi dan pembohongan berpisah tiada. 14 November 2016, Rafizi Ramli sudah dihukum penjara 18 bulan kerana kesalahan buat cerita bohong dan tipu. 

Sekarang ini sibuk merayu di mahkamah. Masa buat fitnah dulu, kenapa tidak semak dan fikir habis habis dulu? Dah kena lokap baru hendak menyesal dan merayu. 

Dah lebih 30 kali, Rafizi kantoi buat cerita palsu. Oleh itu, penyokong pembangkang usahlah seronok sangat hendak memfitnah dan meracuni pemikiran rakyat dengan cerita cerita palsu. 

Kalau masuk ke lokap dan bersalah di mahkamah, tiada siapa hendak tolong pun. Tengoklah nasib Claire Brown, pembangkang di Malaysia tidak beri duit pun pada dia. Fitnah sama sama, lokap masing masing. 

Inilah strategi pembangkang di Malaysia, bukan berhujah politik secara matang tetapi mencari undi dengan cerita bohong dan persepsi sahaja. 


Read More

Yang Tidak Malu, Sebenarnya Adalah Mahathir

Yang Tidak Malu, Sebenarnya Adalah Mahathir
Dalam entri terbaru blog Pengerusi parti bunga, Mahathir ada menulis artikel bertajuk 'Tak Malu'. Mahathir buat cerita karut menuduh golongan tertentu sebagai kononnya tidak malu. 

Telunjuk lurus, kelinking berkait. Yang menuding satu jari, empat jari lagi kena pada tuan badan yang menulis. 

Sebenarnya, orang yang tidak malu dalam cerita ini ialah Mahathir yang sudah terlalu tua, tapi masih tidak malu pada rakyat. Terlalu kemaruk pada kuasa demi terus mengenyangkan kroni kroninya.

"Saya akan bersara sebagai orang tua yang baik. Saya akan menghabiskan masa untuk beribadat kerana zaman saya sudah berlalu. Saya perlu membuat persediaan untuk hari akhirat" kata Mahathir dalam Utusan Malaysia pada 21 Jun 1999.

Hari ini, sesudah 18 tahun, Mahathir kena malu dengan ayat yang dia sendiri pernah ungkapkan. Mahathir bukan jadi orang tua yang baik pada hari ini, malah menjadi orang tua yang banyak membuat masyarakat keliru, marah dan sakit hati dengannya. 

Mahathir kena malu pada ayat ayat dia sendiri. 18 tahun lepas, dia kata Anwar peliwat dan tidak layak jadi PM. Kini, Mahathir sudah iktiraf Anwar sebagai layak menjadi PM dalam The Guardian UK pada 7 Julai 2017. 

Dulu Mahathir kata Kit Siang bapak rasis. Mahathir dalam video berdurasi 3 minit 31 saat ketika berucap semasa kempen PRU13 di Shah Alam, dengan lantang menyebut "Kit Siang adalah rasis, Kit Siang adalah pelampau perkauman". 

Apakah Mahathir ingat orang sudah lupa dengan semua kata katanya itu? Anwar yang dikata peliwat itu kini menjadi "boss" Mahathir dalam Pakatan Harapan. Mahathir pula yang jadi Timbalan kepada Anwar sekarang. 

Kit Siang yang dikata rasis itu juga adalah "big boss" Mahathir dalam Pakatan Harapan. Kerana hendak kuasa, Mahathir kena tunduk dan gadai semua kata katanya yang dulu kerana mahu bersekutu dengan DAP. 

Mana ada orang tua yang sanggup mengaku dirinya sebagai "anjing" atau "Top Dog". Sampai sanggup samakan diri dengan binatang. Orang yang tidak malu sahaja yang sanggup buat begitu. 

Pasa pertengahan 2015, Mahathir buat tuduhan berkaitan hal 1MDB,  Mahathir kata ada sejumlah RM42 bilion dicuri dari 1MDB. Entah apa sebabnya, Mahathir tukar angka jadi RM26 bilion pulak selepas itu. 

Akhirnya pada 11 Oktober 2015, Mahathir mengaku dia tidak ada bukti terhadap tuduhannya pada Datuk Seri Najib. Jadi jelaslah apa yang Mahathir tuduh itu tiada asas. 

Ayat perompak dan pencuri yang digunakan Mahathir sekadar ayat politik sahajalah, kerana Mahathir sudah mengaku dia tiada bukti.

Bukti paling besar ketika ini, ialah apabila Mahkamah di London membuat keputusan bahawa tiada bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan adalah korup.

Tindakan Editor Sarawak Report, Claire Brown yang menjadikan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai mangsa fitnah besar-besaran pembangkang juga membuatkan Mahathir sudah malu besar. 

Mahathir malu besar juga kerana tidak mampu hendak jadi hero membantu serta menyelamatkan Claire di London, apabila portal itu kantoi memfitnah dan menipu.

Rasa malu yang tidak tertanggung dek Mahathir lagi ialah apabila beliau nanti bakal berdepan dengan anggota panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjawab soalan berkaitan skandal Forex yang terjadi ketika zaman Mahathir jadi Perdana Menteri.

Hilang USD$10 billion semasa Scandal Forex, yang ini ada saksi yang masih hidup yang boleh menceritakan kenapa dan mengapa kehilangan wang itu berlaku. 

Segala pekung akan terdedah dan siapa dalang sebenar akan diketahui dalam prosiding berkenaan. 

Tempoh 21 Ogos 2017 hingga 21 September 2017 menjadi tarikh yang amat menakutkan bagi Mahathir, Anwar dan Kit Siang. 

Mungkin atas sebab itulah, Mahathir awal awal lagi sudah lari ke Jepun mencari ilham sebelum bermulanya siasatan RCI Forex ini.

Malu besar Mahathir menanti di penghujung September ini. Mungkin himpunan besar pembangkang yang dicadang pada 14 Oktober nanti di Kuala Lumpur akan bertukar jadi Himpunan Bebaskan Mahathir Dari Penjara.

Kerana sudah malu bertimpa-timpa, Mahathir tulis entri di blognya kata orang lain yang tidak tahu malu dan masukkan hujah-hujah berunsur hasutan serta menuduh kerajaan macam-macam.

Mahathir sebenarnya yang tidak tahu malu.  Dulu kata mahu lepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003 kerana mahu bersama keluarga dan mahu jaga cucu.

Kini sibuk pula hendak jawatan PM kerana mahu beri pada anak sendiri dan meneruskan kekayaan kroni. Inilah sikap tidak sedar diri dan tidak tahu malu sebenarnya. 


Read More

Guan Eng Usah Menyibuk Hal Tuan Ibrahim,  Selesai Dululah Kes Rasuah Di Mahkamah

Guan Eng Usah Menyibuk Hal Tuan Ibrahim,   Selesai Dululah Kes Rasuah Di Mahkamah
Apabila PAS bertemu CEO 1MDB, Arul Kanda dan berpuas hati dengan segala penerangan yang diberikan, DAP pula tiba-tiba naik angin tidak tentu arah.

DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, cuba mempersenda PAS kerana telah memperoleh fakta yang sebenar mengenai skandal 1MDB yang direka cerita.

Tindak tanduk Guan Eng seolah-olah dia sahaja yang pandai dan betul. Walhal dia sendiri tidak berani untuk bertemu Arul Kanda bagi mendapatkan fakta yang sebenar.

Lihat sahaja suatu ketika dahulu Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang lari bagai "ayam daging" apabila dicabar Arul Kanda untuk berdebat. Malah, Rafizi Ramli juga tidak mahu berdepan dengan CEO 1MDB tersebut.

30 Mei 2017, Tuan Ibrahim menyanggah teguran Yang Dipertua PAS Gombak Salehhuddin Nasir yang mengecam tindakan Guan Eng dan Kit Siang berbuka puasa dengan orang Islam. 

Tuan Ibrahim berkata PAS merupakan gerakan dakwah dan perlu mendekatkan masyarakat bukan Islam (DAP) “walau mereka tidak menerima Islam sebagai agama”. 

Hari ini terbukti dakwah Tuan Ibrahim dan PAS terhadap DAP adalah tidak berjaya. Malah Guan Eng pula yang menegur Tuan Ibrahim berhubung pemahamannya terhadap 1MDB. 

Satu ketika Tuan Ibrahim juga lantang mengenai 1MDB, mempertikai banyak perkara namun bila Tuan Ibrahim sendiri berjumpa dengan Arul Kanda, pendirian Tuan Ibrahim berubah sama sekali. 

Yang masih tidak berubah adalah DAP yang tidak mahu menerima kebenaran seperti Tony Pua dan Guan Eng. Memang DAP dengki mereka yang menemui jalan kebenaran mengenai 1MDB. 

Sama nasib yang berlaku kepada Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP. Bila Seng Giaw faham mengenai 1MDB, DAP mula sisihkan Seng Giaw. Ini kerana DAP mahu jadikan 1MDB sebagai alasan sahaja untuk tujuan politik mereka. 

Sebenarnya, Guan Eng kena bersihkan diri sendiri dulu dari kes rasuah. Dua tuduhan rasuah di mahkamah masih ada, kenapa hendak lengah lengahkan kes itu lagi? 

Apa yang Guan Eng lakukan hanyalah menangguh kes rasuah dirinya di mahkamah. Orang yang tidak bersalah tidak akan tangguh kesnya di mahkamah. 

Hanya orang bersalah sahaja suka tangguh kes sebab takut masuk penjara. Tangguh ini
merupakan strategi peliwat seperti Anwar Ibrahim sahaja, yang turut berulang kali menangguh kesnya di mahkamah sehingga 6 tahun lamanya. Akhirnya masuk lokap juga.

Tidak guna beriya-iya berwayang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), tapi Guan Eng tidak berani berhadapan dengan kesnya sendiri di kandang perbicaraan.

Bak pepatah Melayu 'berani kerana benar, takut kerana salah', Guan Eng tidak perlu melarikan diri sekiranya dia tidak bersalah melakukan rasuah dan salah guna kuasa.

Guan Eng harus menjadi jantan dengan menghadapi sendiri pertuduhan kes rasuah dirinya itu tanpa sebarang usaha untuk mengelak diri. Tak usah "divert" isu rasuah dengan serang Tuan Ibrahim, selesai dululah kes rasuah.

Mahkamah di London pun sudah mengesahkan bahawa tuduhan Sarawak Report adalah fitnah semata mata. Malah Claire Brown pun sedang terkial kial mencari bukti tuduhannya bahawa Malaysia mengamalkan rasuah. 

Oleh itu, Guan Eng dan DAP tidak perlu menyibuk hal Tuan ibrahim dan 1MDB lagi. Tolonglah Claire Brown buktikan tuduhan itu atau bersihkan dulu diri sendiri dari tuduhan rasuah di mahkamah. 


Read More